Rindu Karipap Nenek

September 07, 2021

 Rindu Karipap Nenek

Sakitnya rindu pada yang telah tiada. Al fatihah di baca untuk ( Ayah, Mak dan Abah ) damailah kalian dia sana. Kelak kami semua akan menyusul. Rindu Karipap Nenek. Yang selalu singgah di blog miza mesti korang tahu yang miza tinggal bersama dengan Mertua kan. 

 

Cepat sungguh masa berlalu sudah lebih sebulan Mertua tinggalkan kami nanti miza share cerita sedih dalam blog ne. Tapi masih belum dapat kekuatan nak taip habis masih separuh jalan dah banjir dengan air mata terlalu banyak kenagan dan jasa baik mereka buat miza sekeluarga. Rindu pada senyum tawa, suaranya dan yang paling di rindui masakan Mak. Budak dua ketui tu pun dan berapa kali minta nak makan Karipap Nenek. Adoiii la anak oii mama ne macam ok tak ok jew lagi nak bertapa lama-lama di dapur untuk penuhi permintaan dorang ne.

Resepi buah Melaka

Air tangan Mak tiada galang ganti mujur semasa hayat beliau miza sempat bertapa dan menuntut ilmu masakan Alhamdulillah. Rugilah tak belajar dan alang-alang tinggal sekali mertua miza ne dulu ada kedai makan di Kompleks PKNS semasa zaman kegemilagan PKNS. 

Bila sebut nama Wak Long @ Mak long sure ramai peniaga-peniaga disana yang kenal. Semoga Roh Mak sentiasa tenang di sana. Miza share di sini Resepi Karipap Sardin yang specialnya mak siap ajar cara goreng karipap tanpa jerawat.

Pesan mak masukan karipap dalam kuali yang telah di panaskan tapi minyaknya tidak terlalu panas. Takpe karipap akan tenggelam dalam minyak. Bila semua dah masuk kuatkan api nanti bila dah masak kulit karipap akan cantik tanpa jerawat @ bergerutu. Selamat mencuba tips ini kalau jadi nanti korang share la dekat komen.

Resepi Karipap Sardin

Inti Karipap Sardin
1 tin sardin (ambil sardin sahaja hancurkan )
2 ulas bawang besar (lagi banyak lagi sedap)
2 ulas bawang putih
Cili padi ikut pedas tekak masing-masing
Garam
Gula


Panaskan minyak tumis bawang dan cili agak garing masukkan sardin yang telah di hancurkan tadi. Goreng sehingga kering masukan garam dan gula ikut sedap tekang masing-masing. Ada yang suka campur dengan kentang pun boleh. Miza buat apa ada jew kat dapur hehe


Tepung Karipap
1/2 kg Tepung
Minyak panas 10ml
Air kosong 250ml
Secubit garam.


Tuang tepung dalam bekas untuk di uli. Masukan minyak panas selapas itu masukan air kosong bersama secubit garam. Bismillahirrahmanirrahim Selamat mensadokan lengan.

Resepi APam Nasi Sukatan cawan

4 comments:

  1. karipap ni one of my fav kuih... yummy sedapnyaaaaaa antar karipap yg saya suka karipap mak dgn karipap ikea..

    ReplyDelete
  2. Lama tak buat karipap... adunan senang tapi sebab dia kombinasi inti dan kulit.. aduhai.. rasa malas nya... haha...

    ReplyDelete
  3. rindu juga karipap arwah mama ammi..haritu baru adik lelaki ammi sebut.

    ReplyDelete
  4. This is a quite common method utilized by metal fabricators to punch holes via the sheet metal. Punching is a course of that relies on sheer force to perforate perfectly sized holes into the metal. Sometimes punching can be used to create specialised indentations in the metal as opposed to chopping straight via. When joining and fastening sheet metal, one of many go-to methods is definitely welding, which includes fusing parts together at high temperatures. MIG welding and TIG welding are best when coping with sheet metal, though different processes additionally work. Welding tends to warp Shower Curtains for Bathroom and create heat zones that may be} non-ideal for a finished product, however MIG and TIG welding help reduce these challenges.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.