Resepi Kepah Masak Berlada

September 15, 2021

 Resepi Lala Masak Berlada 

Dah lama rasanya #kedaimama tak bersiaran dalam blog kesayangan ini. Bukan tak masak tapi mood nak menaip resepi tu belum mari.  Ahad lepas tak kemana-mana betul-betul lepak kami berempat sahaja di rumah.  Resepi Lala Masak Berlada 

 

#Budakduaketui tu berkicau jugak bila tengok kezen-kezen dorang berjalan merata. Seram pulak miza tengok ramai orang bersesak-sesak di kawasan pantai dan air terjun semenjak di benarkan  merentas daerah. Maklumlah dah tukar dari fasa 1 ke fasa 2 penuh kereta di jalan. Takpe kita tenteramkan anak-anak dengan masak segala bagai menu yang dorang minta untuk alihkan perhatian dorang. Miza dan EE masih fobia lagi risau kami kena atau kami yang menjadi pembawa. Cukuplah sekali kena covid dengan segala simpton. Azabnya Allah sahaja yang tahu.

Resepi Kepah Masak Berlada
 Resepi Lala Masak Berlada


 Resepi Lala Masak Berlada 

Lala

Serai

Bawang Putih *

Bawang Merah *

Halia *

Cili Padi *

Cili Kering *

Sos Tiram

Gula & Garam Secukup Rasa

 

 Cara Penyediaan Resepi Lala Masak Berlada 

Kisar @ ricik halus bahan-bahan yang bertanda *. 

Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau.

Masukan sos tiram, gula dan garam secukup rasa dan akhir sekali masukan Lala yang telah di cuci bersih yang miza suka dengan kepah ne sebab kulit dia cantik dan tak perlu nak cuci beriya macam cuci kerang. Kecilkan api biar semua rempah yang di tumis tadi meresap masuk ke dalam lala gaul bagi rata dah siap boleh makan macam tu sahaja mcam afiq furqan berapa kali menambah @ boleh juga di makan dengan nasi. 

Selamat mencuba resepi simple dari #kedaimama

No comments:

Powered by Blogger.