Rahsia Personaliti di sebalik Haiwan
Meriah group whatsapp sekolah rendah miza pagi ne. Rupanya ada salah sorang share kuiz personaliti. DOPE test ini ialah tentang mengenal karakter kita Menarik kuiz ne kita boleh kenal pasangan dan orang-orang sekeliling. Korang nak join Boleh klik link ni dan jawab ya⬇️ Rahsia Personaliti di sebalik Haiwan
http://mysyarikat.com/personality
Rahsia Personaliti desebalik Haiwan |
Jujur tau jawab
1.Jawab dua bahagian sekali ( VAKD TEST dan DOPE TEST ).
2.Dah siap boleh rujuk jawapan di sini.
Berikut adalah penerangan bagi setiap elemen dalam DOPE Test.
Dove
Mereka yang mempunyai karakter ini selalunya mempunyai sifat kesetiaan yang tinggi. Mereka cenderung untuk setia pada hubungan dan mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Selain itu, mereka juga seorang pendengar yang baik. Oleh kerana itu mereka senang mengenalpasti masalah orang lain. Kalau bercakap, mereka lebih suka untuk mementingkan orang lain terlebih dahulu berbanding diri sendiri.
Owl
Mereka yang mempunyai karakter ini selalunya seorang yang ‘detail’. Semua informasi atau maklumat yang diterima harus diteliti dengan baik. Mereka juga boleh dikatakan sebagai seorang yang ‘perfectionist’. Karakter seperti ini yang menjadikan mereka seorang yang berdisiplin. Mereka juga selalunya amat mementingkan kualiti dan seorang yang sangat sistematik dalam kerja mahupun kehidupan.
Peacock
Mereka yang mempunyai karakter ini amat suka pada perkara yang cantik. Dalam erti kata yang lebih mudah, mereka cenderung untuk menjaga penampilan dan suka kelihatan cantik apabila berhadapan dengan orang lain. Mereka juga gemar bersosial dan mempunyai skill komunikasi yang berpengaruh. Ciri-ciri mereka yang mempunyai karakter ini adalah; suka berswafoto dan sukakan perhatian daripada orang ramai.
Eagle
Mereka yang mempunyai karakter ini kebiasaannya tidak ramai kawan. Sama seperti helang. Helang suka terbang sendirian. Jika tidak pun, helang akan terbang dengan helang. Oleh sebab itu, mereka yang mempunyai karakter ini agak memilih dalam berkawan. Mereka juga sesuai diangkat menjadi ketua kerana mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi. Mereka lebih berpandangan jauh dan jika dilatih, mereka mampu menjadi strategist yang hebat dalam sesebuah organisasi. Selain itu, mereka yang mempunyai karakter ini juga mempunyai skill survival yang tinggi.
Penerangan bagi setiap elemen dalam VAKD Test.
5 Tempat Berdoa Semasa Berwuduk
Doa Berlindung dari Sifat Lemah dan Malas
VISUAL
Mereka yang memproses maklumat secara visual selalunya akan Lebih faham arahan dalam bentuk gambaran, carta, gambar, video dan contoh yang wujud depan mata. Kalau mereka ingin jelaskan sesuatu, mereka suka terangkan dalam bentuk lukisan, gambar, landmark, warna, saiz dan penterjemahan rupa. Kalau dalam aspek kerja berkumpulan, apabila sudah siap tugasan, mereka akan suka menjenguk dan melihat hasil kerja kumpulan lain.
AUDITORI
Mereka yang cenderung kepada ciri-ciri auditori ini selalunya peka terhadap bunyi. Mereka juga dikatakan sebagai seorang ‘storyteller’ yang bagus. Bila bercerita, pasti disertakan dengan kesan bunyinya (sound effect) sekali. Golongan ini lebih fokus mendengar berbanding menulis apabila berada di dalam kelas. Ada juga segelintir yang suka mendengar muzik apabila sedang melakukan kerja. Nanum, jika bunyi yang keterlaluan, mereka akan mudah hilang fokus disebabkan gangguan bunyi.
KINESTATIK
Mereka yang kinestatik kebiasaannya akan lebih mengutamakan pengalaman (experience) dan tindakan. Mereka akan lebih faham sesuatu perkara bila mengalaminya sendiri. Mereka juga suka kepada sentuhan. Kalau dalam aspek pembelajaran, mereka suka kelas yang ada aktiviti, demonstrasi, permainanan dan lain-lain aktiviti yang melibatkan pergerakan. Selain itu, mereka juga dikatakan sebagai seorang yang suka kerja luar pejabat (outdoor person).
DIGITAL
Bagi mereka yang berada dalam kelompok digital, mereka lebih peka dengan rajah, data, nombor, rujukan, autoriti, bukti dan sebab. Mereka juga sukakan system dan patuh pada peraturan. Kelompok digital ini suka bercakap atas logik, data, keperluan, kebenaran dan bukti. Mereka sukakan perkara yang berstruktur. Jika ingin berhujah dengan golongan ini, pastikan anda siap sedia dengan kajian dan data yang lengkap
No comments: