Amalan yang dianjurkan oleh Allahyarham Sheikh Ali Jaber
Amalan yang dianjurkan oleh Allahyarham Sheikh Ali Jaber
Benar kata Perpatah Melayu, Harimau mati meninggalkan Belang Manusia mati meninggalkan Nama dan Pesanan. Baik budi pekerti semasa hidup kelak bila sudah tiada yang baik juga yang akan di sebut dan di kenang-kenang orang InsyAllah. Amalan yang dianjurkan oleh Allahyarham Sheikh Ali Jaber
Amalan yang dianjurkan oleh Allahyarham Sheikh Ali Jaber |
Amalan yang dianjurkan oleh Allahyarham Sheikh Ali Jaber
1) Baca QulhuAllah 10x setiap pagi
2) AlMulk sebelum tidur
3) Sedekah subuh setiap hari
4) Jangan Tinggal baca Ayat kursi tiap kali selepas solat
5) Selawat pada hari jumaat melebihi zikir-zikir lain.
6) Berwudhu 10min sebelum azan, off hp dan berzikir untuk siapkan batin sebelum solat agar dapat nikmat dalam solat.
7) Satu doa untuk setiap satu sedekah subuh.
8. Seindah-indah ibadah - membaca istighfar 10min sebelum azan subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis (waktu sahur)
9) Mencari kawan-kawan soleh untuk mendapat shafaat mereka - amalkan وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين " wa adkhil na biroh matika fi i'baadikas solihin" ertinya: jadikan kami dalam rahmatmu bersama para solihin.
10) Setiap kali masuk masjid cari Al Quran dan baca walau 1 ayat utk tambah saksi di akhirat.
11) Jika mohon syurga, mohon syurga Firdaus Al A'la..mohon yang paling tertinggi
12) Khatam 1 juz sehari - 1 helai sebelum solat dan selepas solat
13) Rutinkan baca Al-Baqarah setiap hari kerana ia membawa keberkahan - keluarga bahagia.
14) Solat witir sebelum tidur ditakuti tak terbangun tahjud untuk lakukannya agar menjadi ahli witir.
15) Kehebatan berzikir melebihi kehebatan berjihad dan melakukan haji.
16) Ahlul Quran kedudukan paling tinggi dalam syurga dan terdekat dengan Allah swt.
17) Ahlul Quran yang dimasukkan ke dalam neraka sementara untuk dicuci dosa tidak dapat dibakar oleh api neraka
18) Sunat baca Al Fatihah tanpa bersambung untuk tunjukkan adab kerana membaca Al Fatihah umpama berdialog dengan Allah
19) Al Fatihah boleh dijadikan wirid dan ditiup pada air untuk jadikan ubat - Di baca 1x,3x atau 7x
20) Biasakan anak minum air yang telah dibacakan surah Al Fatihah
20) Dalam tiap amalan titip pahala untuk ibubapa mudahan dosa kita terhadap mereka terampun.
21) Kurangkan bicara tentang dunia gantikan dengan zikir supaya hati tenang
22) Sibukkan diri perbaiki aib sendiri supaya tidak sibuk dengan aib orang lain
23) Semalas-malas solat sunat qabliah/ba'diah jangan tinggal qabliah subuh kerana martabatnya wajib.
24) Jika ada hajat amalkan حسبنا الله ونعم الوكيل Hasbunallah Wani'mal Wakil sebanyaknya dan jaga hubungan dgn Allah pasti makbul.
Aamiin..
Thanks for sharing. Sy akan cuba amalkan biarpun x semua mampu dibuat....
ReplyDelete