Mini Studio Afiq Furqan
Mini Studio Afiq Furqan
PKPD lagi jemmmm lama sangat kena duduk di rumah. Sangat kesian dengan kisah kanak-kanak zaman 2020. Ku sangkakan zaman 2020 dunia semakin maju konon ada kereta terbang sebaliknya semua terpaksa dengan rela berkurung di rumah paling jauh pun boleh keluar 10km. Mini Studio Afiq Furqan
Habis segala mainan dah di keluarkan dari stor. Apa ada mainan menarik di shopee jugak sakan di borong miza dan EE demi elak anak-anak rasa bosan dan nak gembirakan hati dorang.
Bermodalkan kerusi RM2 miza beli di Tesco dengan batang paip di jadikan sebagai drum. Riuh rendah rumah dengan konsert budak dua ketui ne. Mohon maaf ye jiran-jiran.
Mini Studio Afiq Furqan |
Ini bukan mengeluh sekadar berkongsi Aktiviti semasa PKP untuk di kenang di masa akan datang. Janji Allah itu pasti. Kami yakin akan datang suatu hari nanti keadaan akan kembali seperti biasa.
Sabar dan Redha InsyAllah pelan-pelan kami pujuk hati ini untuk terima keadaan sekarang. Syukur masih di kurniakan kesihatan yang baik di samping anak-anak dan keluarga tercinta. Masih punya pekerjaan dan pendapatan. Semoga Allah Ampunkan segala Dosa-dosa yang sengaja @ tidak sengaja kita lakukan di atas muka bumiNYA. Ampukan kami Ya Allah kami leka dan lalai dengan Dunia yang Fana ini
No comments: