Bangkitkan Al Fatih dalam dirimu!

October 22, 2020

Bangkitkan Al Fatih dalam dirimu!

 Sesiapa yang membaca sejarah penaklukan Kota Constantinople, pasti teruja dengan kisah bagaimana tentera Al Fatih mengangkat 72 buah kapal besar melintasi Bukit Galata dalam masa satu malam.

Jadi, pagi ini saya mahu berkongsi mengenai analogi kapal layar dalam akronim ALFATIH.

Kenapa kapal layar? Kerana kapal ada halatuju, cabaran, alat dan manusia didalamnya.

 

Bangkitkan Al Fatih dalam dirimu!

ALFATIH.

A - Arah yg jelas. Sejak kecil, Al Fateh telah panggil dirinya sebagai Penakluk Konstantinople. Jelas.

Jadi, beliau membesar dengan persediaan.

L - 'Layar kapal' sebagai alat bantu menuju ke arah matlamat. Al Fatih guna ilmu alat seperti menguasai 8 bahasa ketika berusia 16 tahun. Mereka guna teknologi Basilika terbaru. Mereka guna teknologi fizik dalam menyeberang 72 kapal di Bukit Galata. Al Fatih sekat Selat Bosphorus dan bina tembok Rumeli Hisari untuk kurangkan kuasa musuh.

F - Formula yang datang dari ilmu dan pengalaman. Ketika usia 12 tahun, beliau dilantik jadi sultan dan gagal mempertahankan kerajaan uthmani ketika Perang Salib. Bapanya kembalikan beliau ke jawatan gabenor dan bermula di situ, beliau buat analisa jurang (gap analysis) untuk beliau improve dan upgrade diri.

A - Attitude. Tentera mereka taat kepada pemimpin. Mereka perang bukan sebab serakah, tapi dengan justifikasi syariah. Akhlak Islam diserlahkan dalam perang. Ketika berjaya membuka kota, Al Fatih pergi ke Gereja Hagia Sofia yang menjadi tempat sorok ribuan rakyat Konstantin, dan Al Fatih kata, "Kami tak akan bunuh kalian seperti kalian bunuh saudara kami di Sepanyol. Kalian bebas untuk memilih meninggalkan kota ini atau kekal dibawah pemerintahan kami"

T - Teamwork. Dalam hadis, nabi sebutkan, yang akan buka Kota Konstantinopel ialah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Ia ditakluk oleh kerja pasukan.

Bahkan sejak kecil, pembinaan jiwa 'Al Fatih' adalah hasil kerjasama banyak pihak. Dalam perang, kerjasama menghasilkan hasil luar biasa menyeberang bukit memasuki Tanduk Emas.

I - Inspirasi. AlFateh diinspirasi dan memginspirasi. Ketika muda, gurunya, Syeikh Aq Syamsuddin pernah bertanya, "Kamu tahu apa itu Konstantinople?"

"Itu kota yang bapaku dan pemimpin Islam pernah cuba buka dan akan takluk"

"Ya. Bapamu pernah cuba tapi gagal. Arwah abang-abang mu juga gagal. Anak-anak mu akan cuba buka kota itu. Tapi aku tahu mereka semua tak akan dapat buka kota itu. Kerana orang yang akan buka kota itu, ada dihadapan aku sekarang"

Pergh!

H - Hubungan. Hubungan dengan Allah adalah senjata sebenar AlFateh dan tim. Malam sebelum mereka takluk, mereka berpesta ibadah. Beriman bahawa kemenangan mereka nanti bukan usaha mereka sahaja, tapi dari bantuan Allah. Mereka bina juga hubungan diplomatik dan strategik dengan musuh Konstantinople dan jiran kota tersebut.

A.L.F.A.T.I.H  copy paste dari Tuan Zaim Zin, Yaminika.

Jom ramai-ramai kita sertai YAMINIKA



No comments:

Powered by Blogger.