Tabung Simpanan

January 10, 2020

Tabung Simpanan


Selamat Tahun Baru, akhirnya dah 10 hari dalam tahun 2020 baru ada satu artikel. Hai la miza rajin benar hang ne. Mana lah mood berblog ne pergi terbang. Bukan kereta yang terbang tahun ne hehe. Tabung Simpanan

Sebenarnya dari akhir tahun lepas sampai awal ne kehidupan agak kelangkabut banyak urusan yang perlu di selesaikan sampai blog pun tak sempat nak terjah. Tapi jujur miza cakap sepanjang minggu duk kalut itu ini banyak pitih terbang. nak tak nak tahun ne miza kena displin sikit bab menabung demi masa depan yang cemerlang dan kehidupan yang akan datang.



Tabung simpanan, 3 jenis tabung simpanan, bijak urus keewangan, simpanan hari ini menjamin masa depan yang cerah, menabung amalan mulia, menabung Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Tabung Simpanan

3 JENIS TABUNG WAJIB ADA


1. Tabungan Masa Kini

Belajar menabung setiap kali dapat duit. Apa sahaja duit dapat, usahakan untuk menabung dulu baru belanja gila gila.

2. Tabung Masa Depan

Pelaburan masa depan seperti hartanah,  saham,  emas yang ada perningkatan nilai dimasa depan.

3. Tabung Setelah Meninggal

Tabungan untuk tujuan ibadah seperti wakaf,  zakat, infaq,  sedekah untuk persiapan kita meninggal nanti.

Bukan berapa banyak yang gaji kita,  tetapi berapa banyak yang kita simpankan.

Semoga berjaya





Sumber Telegram Azizul Azli Ahmad


#MenabunglahDemiMasaDepan

1 comment:

Powered by Blogger.