Pengalaman Hiking ke Bukit Jugra
Cuti panjang sempena Perayaan Deepavali tak kemana-mana. Eh
mana boleh cuti itu di bazirkan begitu sahaja tak baik membazir orang kata
hehe. Biasanya benda yang unplan baru menjadi dan di simpan menjadi kenangan. Sabtu dan ahad penuh dengan
agenda kenduri kawin hari isnin kita mencari me time dengan Pengalaman Hiking ke Bukit Jugra yang terletak di Banting.
|
Unplan sangat sampai takde beg nak pakai gigih pinjam beg cikqilah. |
Bertahun pergi balik rumah Opah dekat banting baru semalam
menyempatkan diri naik ke Puncak Bukit Jugra. Awal pagi dah siap selesai solat
subuh kononnya nak naik awal untuk lihat kabus tapi cuaca pagi tu baru lepas
hujan memang mimpilah nak jumpa kabus.
|
Pesan yang sangat padu. Baru sampai sini pun dah separuh nafas wei |
Pukul 7.00 Pagi kami dah sampai kemudian parking sebelah kawasan perumahan Masjid Permatang Pasir, Ramai jugak orang pagi tu maklumlah hari cuti. Monyet pun boleh tahan meriah pagi tu menyambut ketibaan kami. Sampai tak berani miza nak ambil henpon dalam beg risaukan monyet tu terkam di sangkakan nak bagi makanan oh nooooo.
|
Licin dan mencabar, gigih nak hiking musim hujan |
Trek basah dan licin ye itu yang kami jumpa. Tapi misi tetap
di teruskan untuk merasa sendiri pengalaman di Puncak Bukit Jugra sambil
bersarapan Mi Maggi bersama kapi o bekal dari adik ipar CN. Gigih si mirul ne
siap bawak telur ayam demi nak makan dengan Mi Maggi mujur tak pecah.
|
Dah lama tak makan maggi, naik atas ne sedap betul pulak maggi ne |
|
Cheff Mirul bujang lagi ne siapa nak borang roger ye |
Eh lupa pulak nak bagi tau miza pergi bertiga sahaja dengan
CN dan adik Iparnya merangkap Tour Guide kami yelah nak masuk hutan naik bukit
better ada orang lelaki kalau apa-apa jadi tapi Alhamdulillah selamat pergi dan
balik.
|
Dah kenyang lepas penat hiking lebar senyum |
|
Nak naik mencungat nak turun laju benor. Creadit CN |
Walaupun penat, semput, sakit kaki tapi kalau ada orang ajak lagi di tambah dengan keizinan EE sure miza nak repeat pastu nak try hiking bukit lain pulak. Baru miza faham nikmat tengok ramai kawan-kawan yang suka hiking keluar masuk hutan.
|
Tanda batu Bukit Jugra. Harap dapat peluang lagi hiking tempat lain InsyAllah |
bestnya, seronok tgk org hiking
ReplyDeletemenariknya ni, suasana masih menghijau segar ^_^
ReplyDeleteSuka tengok orang rajin pi hiking..sendiri nak cuba blom lagi nampaknya
ReplyDeleteseronok tgk orang pi hiking..rasa mcm nak jugak tapi bila fikir penat nak mendaki bagai..acane nak hiking nya..hehe
ReplyDeleteBelum sampai sini lagi. Teringin juga nak hiking sini. Nampak mudah tapi kalau dah lama tak hiking memang pewai lah
ReplyDelete