Singgah Makan Tengahari Di Food Court Aeon Klebang

September 11, 2019

Singgah Makan Tengahari Di Food Court Aeon Klebang 

First time miza  Singgah Makan Tengahari Di Food Court Aeon Klebang. Bertahun dah siap kot Aeon klebang baru tahun ne dapat rezeki menyinggah.  Almaklumlah perjalanan dari Parit Buntar ke Shah Alam memakan masa lebih kurang 4 jam kadang-kadang tu lebih bergantung kepada lalu lintas jalan raya.
Singgah Makan Tengahari Di Food Court Aeon Klebang
Dapat pulak suami jenis suka keluar masuk highway. Hermm kiranya Singgah Makan Tengahari Di Food Court Aeon Klebang tanpa di rancang. Asalnya cik qilah nak terkucil sebab minum banyak sangat air dalam kereta nak berenti dekat stesten Petronas EE cakap alang-alang perut dah lapar kita lajak jew lah ke Aeon Klebang boleh makan-makan sambil lepak bukan selalu nak singgah walaupun memang akan lalu bila balik kampung. 


Muka Kelaparan
Tak tahu apa menu sedap dekat Food Court ne jadinya jalan selamat oder menu kebanggaan budak dua ketui ne iaitu Nasi Ayam dan Mee Claypot. Sebabnya pergi mana-mana food court sama je rasanya bagi miza.


Nasi Ayam Sedap Di Food Court Aeon Klebang

Nasi Ayam Sedap di Food Court Aeon Klebang
 Serius memang sedap nasi ayam ne, kononnya afiq furqan sorang je nak makan nasi ayam sebab budak bujang sorang ne perut macam EE jugak, orang cakap perut melayu sangat sehari tak dapat nasi melepet jew muka haha


Nasi Ayam Sedap di Food Court Aeon Klebang
 Cik qilah kekonon nak tumpang rasa sesudu dua jew tapi di sebabkan nasi ayam ne sedap sangat dengan slumber jew dia habiskan Nasi ayam si afiq furqan. 

Sebelum banjir melanda dalam food court ne terus miza bangun dan oder lagi satu. Adoilah anak dara sorang ne suka buat perangai macam dekat rumah tak kira mana tempat.


Nasi Ayam Sedap di Food Court Aeon Klebang
Mee Claypot Kegemaran Cik Qilah 


Mee Claypot Kegemaran Cik Qilah
 Mee Claypot dan cik qilah berpisah tiada, Nak suruh mama dia buat dekat rumah sorry ye mama belum berkemahiran lagi nak masak segala menu claypot walaupun orang cakap resepi ne ringkas jew.
Mee Claypot Kegemaran Cik Qilah
 Ne acah jew sebenarnya dia dah abiskan nasi ayam afiq furqan
Mee Claypot Kegemaran Cik Qilah

1 comment:

  1. Alaaaa Qilahhhhh...dah la x ajak aunty...pas tu makan makanan fav aunty plak....terus aunty teringin ni.....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.