Alam Ria Pasti Peringkat Negeri Selangor 2019
Alam Ria Pasti Peringkat Negeri Selangor 2019
Alhamdulillah selesai sudah Alam Ria Pasti Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung dengan jayanya semalam di Sekolah Rendah Agama Puncak Alam.
macam biasa posing dulu sebelum bercerita |
Alam Ria Pasti 2018
Alam Ria Pasti 2019
Penyokong Setia Cik Qilah
Ecxited jangan cakaplah sebelum subuh cik qilah dah siap, haha si afiq furqan masih terpisat-pisat lagi ada yang kena tinggal nanti, sebabnya sebelum jam 6.30pagi kena hantar cik qilah berkumpul di PAsti Jalan kebun naik bas bersama para peserta dari Pasti Kawasan Kota Raja.
Alam Ria Pasti Peringkat Negeri Selangor 2019 |
Elok pukul 9 baru gerak ke lokasi Alam Ria Pasti, di puncak alam. Kat sini pulak hampir setengah jam demi mencari parking. Mencabar kesabaran betul maklumlah Pasti seluruh Selangor berkumpul korang boleh bayanglahkan.
Nampak macam kitaorang ne buang masa jew tak nak sokong cik qilah ke?
senarai giliran Alam Ria Pasti Peringkat Negeri Selangor 2019 |
Dalam nak berlengah-lengah masa seempat jugak tengok persembahan anak-anak pasti dari no 11 sampai peserta terakhir. Wei hebat-hebat sangat budak-budak ne tak sangka baru umur 5 dan 6 tahun yang masuk bertanding.
Ada yang menagis, melompat, menjerit macam-macam lah sangat-sangat menghayati penceritaan dorang tapi sayang miza tak sempat nak rakam sebabnya nak save bateri. Pandai sangat dah tau nak pergi tengok anak masuk bertanding cas henpon tapi tak on plug. huhuhu
selfie sekeluarga - semua dah lemau awal sangat bangun + perut pun dah lapar |
sempat selfie dengan para guru pengiring buat kenangan |
Lepas bagitau dekat guru pengiring cik qilah kata kitaorang nak balik terus EE bawak ke Aeon Shah Alam, konon nak meraikan cik qilah walaupun kitaorang tak tau apa keputusan pertandingan tadi. Tengah syok berjalan soping sikit-sikit cikgu telefon tanya lokasi kitaorang ah dah kenapa pulak ne, rupanya cik qilah berjaya dapat tempat ketiga nak suruh naik pentas.
Melompat cik qilah dalam mall bila dengar cikgu cakap dia dapat no 3. Alhamdulillah terselit juga di tempat ketiga. Walaupun tak dapat tempat pertama sebabnya memang sedar dan akur dengan kebolehan para peserta yang lain. Tahniah cik qilah mama dengan ayah minta maaf sebab pandang rendah dengan kebolehan awak.
Nanti pergi sekolah claim hadiah dengan cikgu ye, Tak pe tak dapat naik pentas janji hadiah awak ada cikgu bawak balik hehehe. Tahniah Kakak
Tahniah kakak dengan penyokong setianya |
cantik dia ye
ReplyDeletePandai nye Nor Aqilah Hidayah bcerita 😍
ReplyDeleteGood job Qilah..aunty happy tengok awak ...teruskan bakat ye...
ReplyDeleteTahniah Aqilah
ReplyDeletetahniah cik qilah...caya la.aunty dulu sebaya cik qilah, nak bercakap depan2 cam ni..mmg tak la...menyorok blkg mak..haha
ReplyDeleteTahniah cik Qilah..
ReplyDelete