Santai Petang Di Ban Pecah
Santai Petang Di Ban Pecah
Santai Petang Di Ban Pecah , Alhamdulillah minggu lepas miza adik beradik sempat bawa Tok Wan Santai Petang Di Ban Pecah Tanjung Piandang, Kawasan ini sangat di kenali oleh kaki pancing, tapi ramai yang tak tahu Ban Pecah hari ini adalah sebuah kawasan sawah padi yang di tenggelami air laut ekoran sumpahan anak yatim pada masa dulu, ini pun miza tahu dari cerita Tok wan, benar atau tidak miza sendiri tidak pasti yang pastinya masih ada lagi waris yang mempunyai geran tanah yang duluny sawah tetapi kini lautan yang terbentang luas.Ok kita tinggallah cerita sumpahan anak yatim tu, kita bawah Tok wan makan angin bagi segar sikit minda dan mata memandang ciptaan yang maha Esa, Genap Sebulan Tok Wan duduk di rumah gara-gara Tragedi Raya 2019 . Alhamdulillah luka di kaki pun dah nampak kering cuma simen sahaja belum di buka kena tunggu jumpa Doktor lepas tu kaki Tok Wan bebas simen InsyAllah.
Pantang nampak kamera semua senyum Tok Wan macam biasalah suka buat muka |
Santai Petang Di Ban Pecah
Jarak rumah Tok Wan dengan Ban Pecah ini lebih kurang dalam 22 minit sahaja, dah jadi rutin asal balik kampung memang akan singgah melihat permandangan yang indah di sekitar Ban Pecah.Walaupun Tok Wan tak boleh jalan gigih kitaorang angkut dengan kerusi roda, redah aja tolak atas pasir pantai pun, apa yang penting kerjasama walaupun pada asalnya tok wan cakap biar jew dia duduk tepi jalan susah nanti nak tolak sana sini
Gigih menolak kerusi roda atas pasir pantai mencabar wei |
Tok Wan bebel wei bawak dia mai tempat yang susah-susah nak jalan ne. Haha |
Eh mana boleh kita datang sama-sama kita lepak sama-samalah baru syiok
Pelbagai Aktiviti Menarik Di Pantai Ban Pecah
Main Buble Di Ban Pecah
Santai Petang Di Ban Pecah sesisi keluarga semua ikut kecuali EE sebab EE tak join balik kampung dia kena kerja. Its ok kita enjoy dengan siapa yang ada depan mata hehe.Dari dalam kereta lagi budak-budak ne berzikir nak main buble, nasib baik buble dekat Ban Pecah ne murah jew Rm2, hah amik lah sorang satu main puas-puas
Muka tak puas hati jew bila nak amik gambar sebab masing-masing dah excited nak main buble |
tadi kutuk anak dengan miza sekali join main buble |
Dorang buat game lain pulak bila buble dah abis |
Rugilah datang pantai tak main pasir kan. |
Makan Ais Krim dan Minum Air Kelapa
Sambil Santai Petang Di Ban Pecah dengan Tok Wan, teman anak-anak main buble perut nak di isi jugak. Kitaorang pilih lepak santai di gerai tepi pantai ne sambil makan Ais krim Kelapa dan minum air kelapa di sulami laksa dan kuew tiau sup mak cik ne yang super sedap.Serius sedap sangat-sangat sampai repeat beli lagi sebelum balik |
Alhamdulillah kitaorang adik beradik dapat berkumpul sama-sama lepak santai di Ban pecah dengan Tok wan |
Betul-betul santai jam 6.30 petang baru kitaorang gerak balik rumah. Nasib baik sempat sampai rumah sebelum magrib. Tercapai jugak hajat nak bawak Tok Wan jenjalan hirup udara segar di pantai Ban Pecah
Sebab tak bawak baju jadinya budak dua ketui ne tak dapat nak mandi pantai, kita bergambar jelah buat kenangan nanti datang dengan ayah baru boleh mandi ye anak-anak |
Pergh ais krim kelapa
ReplyDeleteSantai petang yang meriah.
ReplyDeleteKalau dapat mandi laut lagi best
wah meriah rupanya petang-petang kat sini.....pernah pergi sekali jalan kat Ban Pecah ni..cantik
ReplyDeletewah..macam menarik plak nak tau citer yg sumpahan anak yatim ban pecah ni..story la kat sini...akak suka baca pasal sejarah2 ni...
ReplyDelete