Kuih Keria Lembut dan Sedap
Kuih Keria Lembut dan Sedap
Kuih Keria Lembut dan Sedap | Nampak macam donut tapi bukan donat dan semestinya lebih enak kerana di buat dari keledek yang penuh khasiat berbanding donut yang menggunakan sepenuhnya tepung. Kuih Keria Lembut dan Sedap boleh di makan pada bila-bila masa dan biasanya di jadikan sarapan diwaktu pagi dan menu minum petang.Resepi Buah Melaka
Resepi Apam Susu
Kuih Keria Lembut dan Sedap |
3 Bahan Kuih Keria Lembut dan Sedap
KeledekTepung
Gula
Cara Membuat Kuih Keria Lembut dan Sedap
1- Kukus sehingga empuk keledek ikutlah korang nak pakai keledek oren atau keledek warna putih selagi namanya keledek boleh sahaja. Dah empuk keledek yang di kukus tadi tumbuk sehingga lumat sebelum di adun dengan tepung.2- Tunggu sejuk sikit baru adunkan tepung bersama keledek. Dekat sini penting kuantiti tepung tidak boleh terlalu banyak dan tidak boleh terlalu sedikit, Jika banyak kuih keria akan keras tapi kalau sikit kuih keria akan kemik semasa di sira.
Miza kongsikan sukatan tepung ikut yang selalu miza buat tips ne miza dapat dari MIL dia ne memang jual kuih.
1kg Keledek = 250g tepung gandum
2kg keledek = 500g tepung gandum
3kg Keledek = 750g Tepung gandum
4kg keledek = 1 kg Tepung gandum
Cara nak adun pun istimewa sedikit kuih keria ini, sebab kalau kita adun macam nak buat tepung karipap tu alamatnya keraslah kuih keria nanti, Cara paling mudah hanya ramas-ramas tepung bersama keledek sehingga sebati, lepastu dah boleh buat bulat-bulat macam kuih donut.
Kuih Keria Lembut dan Sedap | Patikan korang tabur tepung pada dulang atau bekas yang korang nak gunakan untuk meletak kuih keria yang belum di goreng untuk elak ianya melekat. |
Cara Sira Kuih Keria Lembut dan Sedap
Goreng Kuih keria terlebih dahulu, selepas itu guna kuali yang lain masak air bersama gula nisbah 2 cawan gula 1 cawan air gula sehingga bertali baru di masukan kuih keria yang telah di goreng tadi, Gaul sehingga gula menjadi kering dan bewarna putih matikan api dan tampi ( macam orang tampi padi asingkan kulit padi ) untuk elak kuih keria melekat pada kuali.Dah siap dan boleh di hidangkan kepada ahli keluarga, Lepas ne nak try sira dengan gula merah pulak.
Tq share tips nak adun tu...
ReplyDeletekalau di kelate kami buat versi kuih ni guna tepung pulut...
ReplyDeletekuih keria ni kekadang depends on keledek tu juga. kalau kena keledek yang 'kureng', nanti dia jadi keras sikit hehee
ReplyDeletetq tips sukatan tepung, saya nak cuba buat..:)
ReplyDelete