Resepi Ayam Masak Kicap Sedap

May 15, 2019

Resepi Ayam Masak Kicap Sedap 

Tak jawalah kalau tak makan kicap hah gitu. Miza pun bukan dari keturan jawa tapi EE jawa jadinya nak atau tak lifestyle dan cara makan tu mesti dah di jawakan hehe. Resepi Ayam Masak Kicap Sedap 

Semenjak budak dua ketui ne dah pandai makan ayam masak kicap boleh kata seminggu sekali mesti miza akan masak. Sebab inilah hidangan paling mudah untuk di sediakan. Jom check resepi di bawah : 

resepi ayam masak kicap berkuah  resepi ayam masak kicap kenduri  resepi ayam masak kicap chef wan  resepi ayam masak kicap johor  resepi ayam masak kicap berempah  resepi ayam masak kicap sheila rusly  ayam masak kicap halia Resepi Ayam Masak Kicap Sedap  ayam masak kicap tanpa goreng
Resepi Ayam Masak Kicap Sedap

Bahan bahan Resepi Ayam Masak Kicap Sedap :


1/2 ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng
1 biji kentang
2 batang serai - ketuk
1 sudu besar cili kisar
Kicap lemak manis
Kicap pekat


Bahan Tumbuk/ Blend
1 Biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1 inci halia

Cara cara masak Resepi Ayam Masak Kicap Sedap :

Panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend atau di tumbuk bersama cili kisar dan serai sehingga naik bau.
Masukkan  kicap kicap serta sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga hampir pekat.
Masukkan ayam yang digoreng 3/4 masak. Kacau rata dan biarkan masak agak lama sehingga rasa ayam sebati dengan kuah sos.
Tabur dengan daun bawang.Sedia untuk di hidang


2 comments:

  1. mmg fav menu ni..tp bln puasa blum masak lg menu ayam masak kicap

    ReplyDelete
  2. Sedapnya masak kicap.. dalam seminggu mesti buat sekali paling kurang.. hehehe..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.