Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar

May 29, 2019

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar

Sesungguhnya malam Lailatul Qadar itu adalah Rahsia dari Allah s.w.t Semoga kita sempat dan dapat bertemu dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar. Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh ditemui berpandukan kepada tarikh permulaan puasa atau awal Ramadhan, seperti kaedah berikut: Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar tanda malam lailatul qadar
Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar


* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-21.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-23.


“Sesungguhnya KAMI telah turunkan pada malam kemuliaan. Dan, tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan; Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: Ayat 1-5)


والله أعلم بالصواب

 


Sumber 

2 comments:

  1. terima kasih di atas perkongsian ini ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/05/trip-family-ke-hatyai-thailand-part-1.html

    ReplyDelete
  2. Maknanya tahun ni punya dah terlepas lah malam lailatul qadr sebab start puasa hari isnin

    ReplyDelete

Powered by Blogger.