5 Tanda Anda Sedang Dehidrasi

May 23, 2019

60% daripada badan kita terdiri daripada air, oleh itu pastikan badan sentiasa terhidrat untuk fungsi tubuh yang optimum. 5 Tanda Anda Sedang Dehidrasi


5 Tanda Anda Sedang Dehidrasi  
Anda Tidak Boleh Fokus atau Berfikir Dengan Jelas Anda Merasa Keletihan / Lesu dan Sakit Kepala / Pening Anda Mengalami Jantung Berdebar-debar Anda Mengidam Sesuatu Yang Manis Anda Tidak Dapat Melakukan Senaman Dengan Baik 5 Tanda Anda Sedang Dehidrasi
5 Tanda Anda Sedang Dehidrasi





 

Tidak Boleh Fokus atau Berfikir Dengan Jelas

Otak memerlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya dehidrasi berlaku, anda akan sedar bahawa fungsi kognitif atau mood anda akan berubah dan mungkin menyebabkan anda menjadi keliru atau tidak fokus.




Merasa Keletihan / Lesu dan Sakit Kepala / Pening

Air membantu tubuh mengawal kadar gula dalam darah dan oksigen yang membantu memberi kita bertenaga. Dengan penurunan paras air, anda mungkin mudah berasa letih bukan kerana terlalu sibuk tetapi mungkin disebabkan dehidrasi. Selain itu dengan dehidrasi, badan anda tidak boleh memproses nutrien dengan optimum yang menyebabkan anda berasa pening.



Mengalami Jantung Berdebar-debar

Dehidrasi membuang elektrolit daripada badan menjadi tidak seimbang, mengakibatkan tekanan darah yang lebih rendah. Ini memberi ketegangan tambahan pada pelbagai bahagian badan termasuk jantung. Akibatnya, anda mungkin berasa jantung berdegup kencang atau mempunyai kadar denyutan yang tidak normal.



Mengidam Sesuatu Yang Manis

Apabila anda dehidrasi, anda mungkin mengidam sesuatu yang manis kerana tubuh anda memerlukan bantuan menghasilkan glikogen, suatu bentuk karbohidrat yang disimpan dan digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar.

Petua: Minum air segelas besar atau makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air.



Tidak Dapat Melakukan Senaman Dengan Baik

Dehidrasi menurunkan tekanan darah, menjadikan jantung bekerja lebih kuat, di mana ia memberi kesan kepada seberapa banyak anda boleh melakukan senaman. Dehidrasi melebihi 5 peratus menurunkan keupayaan bersenam sebanyak hampir 30 peratus!

Petua: Kekal terhidrat sebelum, semasa dan selepas bersenam!





1 comment:

Powered by Blogger.