10 Bukti Yang Anda Sedang Membuang Masa.

November 02, 2018

10 Bukti Yang Anda Sedang Membuang Masa. 

 
10 Bukti Yang Anda Sedang Membuang Masa.

1. Menanti-nanti inspirasi. 

- untuk dapatkan inspirasi, ia bukan datang bergolek. Kalian perlu bangun dan berbuat. Jika duduk sesaja, memang taklah. Ia mesti dalam bentuk tindakan. Inspirasi akan datang apabila kalian buat silap atau berjaya. 

Silap = baiki. 
Berjaya = bantu orang. 

2. Risau apa yang orang lain fikir. 

- tak habis-habis fikir apa yang orang lain fikir tentang kita. Ia biasanya jadikan kita terperuk dalam bilik atau rumah. Tak bertindak dan jadi pengecut kepada fikiran sendiri. Bangun! Lawan dan usahakan sesuatu!


3. Kuat Merungut. 

- Jika kalian kuat komplen. Kena cek diri sendiri. Orang yang suka merungut biasanya mulut sahaja jalan. Diri sendiri tidak. Dan dia sendang buang masa untuk repair, untuk bantu dan untuk tolong. Jenis menjerit dan menyuruh sana sini. Sendiri buat? No. Tak ada, kemudian komplen komplen komplen. 


4. Cuba untuk puaskan hati semua orang.

- Tak berhenti nak buat itu ini untuk semua orang. Menjadikan ianya akan tercicir di mana-mana. Hilang fokus dan kemudian akan sesat dalam perjalanan sendiri. Relaks, dan buat perlahan-lahan untuk diri dan orang terdekat dahulu. 


5. Kuat bandingkan diri dengan orang lain. 

- Ini 1 hal. Melihat competitor itu bagus. Belajar apa yang mereka buat juga bagus. Namun membanding kekuatan sampai tak perasan diri itu lemah bukan main itu yang jadi hal. Ia biasanya akan jadikan kita down dan malas nak teruskan perjuangan. Stop! Fokus bina tentera, pasang strategi untuk menang. 


6. Ulang kesilapan. 

- Ini eloklah kena penampar. Kalau pernah buat 1-1 kesilapan, kemudian tak belajar dan ulang lagi dan lagi. Kau bukan sahaja membuang masa. Malah kau buang duit, tenaga dan segala yang kau laburkan. 


7. Terlalu perfectionist. 

- Yang ini akan menjadikan kalian slow ya amat. Sikit-sikit nak repair. Sikit-sikit salah sana salah sini. Tak mahu teruskan kalau ada secubit pun perkara yang tidak memuaskan hatinya. Kadang-kadang, kena bulldoze. Buat sahaja dan tengok hasil. Kemudian, repair repair repair. Barulah belajar dari kesilapan. Oh ya, bulldoze with brain okeh. 


8. Tidak susun keutamaan. 

- Jika jenis main belasah semua benda. Asal tersangkut, masa itulah akan terganggu semua perancangan. Kalau susun mana dulu yang priority dan sebagainya. Ia akan memudahkan kerja!


9. Jenis Takut Gagal. 

- Bila takut gagal, sahihlah tak mahu mencuba. Dan bila tak mencuba, tak tahu hasil dan takkan belajar mana salah silapnya. Aduhlah. 


10. Tidak hidup untuk diri sendiri.

- Jenis tak habis-habis nak please orang lain. Diri sendiri tak merasa hasil. Kena marah, kena maki kena macam-macam sampai diri sendiri down dan depress. Lalu hati jadi mati dan buang masa memberi kekayaan kepada orang lain. Sendiri miskin. 


Begitulah. Bangkit kawan-kawan! 

Copypaste fb :  Khairul Hakimin Muhammad

2 comments:

  1. Alhamdulillah buat masa sekarang ni, Miera belum alami tanda membuang masa ni. hahaha.. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. Hehe..tak sempat nak buang masa sekarang ni, ngan ank2, kerja hakiki dan jgk kerja rumahtangga...yg tak penah habis, betul tak 😅

    ReplyDelete

Powered by Blogger.