TADABBUR

October 19, 2018

TADABBUR

Dalam segmen Ibrah pukul 5.15pm tadi di radio IKIM, Ustaz Syaari ada bagi tips, cara untuk kita men-tadabbur Al Quran.
Ada 8 steps.

Di ringkas kan 8 steps tu dengan akronim
T. A. D. A. B. B. U. R

Ini yang mampu saya tulis semula, kalau ada silap mohon beritahu. Sama sama kita beramal.

TADABBUR

T - Teruja & Ta' awudz
A - Ambil tahu
D - Dapatkan maksud
A- Ajukan soalan kritikal
B - Belek tafsir
B - Bertanya faedah
U - Usahakan amalan
R - Rasai perubahan diri

Ini lah akronim TADABBUR,iaitu 8 cara utk bertadabbur Al Quran seperti yang di jelaskan oleh Ustaz Syaari sebentar tadi.

Teruja bahawa Al Quran itu ialah kalam Allah. Membaca nya dapat pahala, rahmat, ketenangan. Teruja ia turun 1400 tahun dulu dan tetap relevan sampai kiamat. Teruja tiada satu pun ayat atau perkataan yg silap, apatah lagi sia sia dalam Al Quran.
Ta' awudz dengan membaca ta'awudz setiap kali sebelum membaca Al Quran. Ini memberi makna bahawa setiap kali kita baca Al Quran, ada makhluk yang benci dan tak mahu kita faham / tadabbur AlQuran. Makhluk itulah syaitan yg di rejam, yang kita akan minta perlindungan hanya dengan Allah.

Ambil tahu cara bacaan yang betul, tepat, ikut makhraj yang betul, hukum tajwid yang betul. Belajar dan usaha memperbaiki mutu bacaan, sebagai tanda kita berterima kasih dan menghormati Rasul SAW yg di turunkan Al Quran kepada baginda, dalam bahasa arab. Cuba sedaya upaya " arabkan lidah" sebagaimana Al Quran di baca oleh orang orang yg membacanya sejak 1400 tahun dahulu.

Dapatkan maksud yang tersurat dari Al Quran, iaitu dengan membaca terjemahan Al Quran dalam bahasa Melayu / Inggeris. Ambil peluang guna terjemahan Al Quran per kata yang banyak di pasaran sekarang ini. Dan ambil inisiatif utk tambah ilmu bahasa arab, dengan memahami & ingat maksud ayat ayat simple dalam AlQuran, sehari 5 perkataan umpama nya.

Ajukan soalan soalan kritikal selepas membaca terjemahan Al Quran. Soalan soalan yang akan membangkitkan semangat makin ingin tahu, makin mencintai Al Quran. Soalan soalan yang menggerakkan hati kita utk terus mencari ilmu. Namun awas, hati hati, jangan sampai soalan soalan kritikal itu menyebabkan kita was was pula dengan ayat Al Quran, ini adalah mainan hasutan syaitan. Tu sebab berta'awudz terlebih dahulu sebelum membaca Al Quran & terjemahannya.
Contoh soalan kritikal seperti " kenapa di utus burung yg kecil utk melawan gajah?" ( dalam surah Al Fil ). "kenapa tidak di sebut nama Abrahah, hanya di mentioned sebagai tentera bergajah?"

Belek lah kitab kitab tafsir yang banyak dah di terjemah dalam bahasa Melayu / Indonesia. Kalau mampu,baca pandangan ahli tafsir nusantara seperti Hamka, Al Azhar..dan juga tafsir ulama ulama dari benua Arab. Mereka ada pandangan yg mampu membuka minda kita yang mana selama ini kita tak pernah terfkir. " ooohh, sebab itu ayat itu diturunkan sebegitu ". Soalan soalan kritikal yang kita tanya, mungkin terjawab dengan membaca kitab kitab tafsir.

Bertanya faedah setiap ayat Al Quran yang diturunkan. Setiap ayat pasti ada faedahnya utk diri setiap kita. Setiap ayat relevan ke atas semua kita, sepanjang masa, sepanjang zaman. Kaitkan setiap ayat yang kita baca dengan gunanya ke atas kita. Contoh dalam surah Al Fil, Allah menerangkan tentang burung yg melontar batu ke arah tentera bergajah. Ia sebagai perlambangan Allah menghina Abrahah yang sombong dengan kekuatan kenderaan perangnya, gajah..yang akhirnya mudah ditewaskan oleh burung. Kaitkan ayat ini dengan diri sendiri, adakah kita macam Abrahah? ( dengan sombong atas kereta yang kita ada? harta yg kita ada? )

Usahakan utk menambah amalan soleh setelah kita membaca Al Quran, terjemahannya & tafsiran nya. Jangan jadi macam umat terdahulu yang di turun kitab,menguasai kitab tapi tidak beramal dengan ajaran yg di ajar.

Rasai lah perubahan diri setelah kita beramal soleh. Makin banyak kita usaha tadabbur & baca Al Quran, patut perlu lebih banyak perubahan positif yang kita buat. Kita yang kenal diri kita sendiri. Adakah makin dekat kita pada agama? Muhasabah diri jika tiada perubahan amalan soleh, walaupun kita kata kita dah banyak baca Al Quran.


Masa tengah dengar ne miza dalam perjalanan dari shah alam ke banting plan memang nak salin tiap apa yang Ustaz Syaari tuturkan tapi apakan daya sampai banting dah nak magrib siap mandi makan dah lupa mujur ternampak perkongsian  pada fb Khairul Faizei Muhammad.

Semoga bermanfaat untuk kita semua

No comments:

Powered by Blogger.