MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI
~Lindungi si manja dengan CARRIE MOZZIBUSTER
Demam Denggi dan Chikungunya merupakan
penyakit yang mudah tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes. Penyebaran wabak ini dapat
dikurangkan sekiranya semua pihak bekerjasama dalam mencegah penyebaran dengan
membasmi kawasan pembiakan nyamuk dan memastikan langkah pencegahan nyamuk
diamalkan. Terdapat sesetengah individu mengambil ringan kerana beranggapan
demam Denggi adalah penyakit yang dapat disembuhkan dan ada yang pernah
terselamat. Hakikatnya penyakit ini boleh merebak menjadi demam Denggi yang
lebih parah, atau demam Denggi berdarah yang mampu membawa kepada situasi yang
mengancam nyawa pesakit yang menghadapinya!
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT |
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
sentiasa menekankan kepentingan mencegah penyakit sebelum ia terjadi kerana kadangkala
apabila penyakit diketahui, ia sudah terlalu lambat untuk mendapatkan rawatan.
Hal ini termasuklah pencegahan terhadap penyakit yang dibawa oleh nyamuk.
Statistik terkini daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian
Kesihatan Malaysia mencatatkan sejumlah 26,209 kes Denggi termasuk 37 kes
yang mengakibatkan kematian berlaku dari 31 Disember 2017 sehingga 6 Jun 2018.
Kiraan purata pula menunjukkan sebanyak 5240 kes berlaku setiap bulan sepanjang
tempoh tersebut. Selain Denggi, terdapat lebih daripada 67 kes penyakit
Chikungunya telah dilaporkan dalam tempoh yang sama.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT |
Salah satu cara berkesan bagi
memastikan agar nyamuk tidak mengganggu adalah dengan menggunakan penghalau
nyamuk. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dan CARRIE
MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV Protection, telah diuji agar
dapat menghalau nyamuk sehingga 8 jam. Disamping itu, produk ini telah
menjalani proses pembangunan produk yang teliti dan berdaftar dengan
badan-badan pentadbiran iaitu Lembaga Racun dan Makhluk Perosak, Jabatan
Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan ia diuji
dan diperakui agar ibu bapa kekal yakin bahawa produk ini mematuhi piawaian
keselamatan produk.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT |
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion boleh digunakan setiap hari bagi perlindungan didalam
rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV dilengkapi
dengan perlindungan sinaran matahari untuk jaminan di luar rumah. CARRIE
MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions diformulasi khas untuk kegunaan pada
kulit kanak-kanak, losyen ini juga diiktiraf dengan sijil HALAL.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT |
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions di datangkan dengan saiz 50ml dan 100ml boleh didapati
dalam pek mudah dibawa.
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati
di pasaraya terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi di seluruh Malaysia.
Senarai Harga CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion :
- CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dijual pada harga RM 9.35(Semenanjung)/ RM 9.85 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 50ml, RM 14.10 (Semenanjung)/ RM 14.75 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 100ml.
- CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV pula dijual pada harga RM 9.95 (Semenanjung)/ RM 10.40 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 50ml, RM 14.65 (Semenanjung)/ RM 15.40 (Sabah & Sarawak) for 100ml
Tentang WIPRO UNZA
Sejak 1980 Kumpulan
WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio berjenama yang sangat meluas
dipasaran Asia mengenai produk penjagaan diri dan isi rumah. Berpangkalan di
Singapura, Kumpulan ini mengeluarkan dan memasarkan jenama terkemuka merentasi
50 wilayah dalam Asia Tenggara, China dan seantero.
WIPRO UNZA
memegang sebanyak 24 jenama portfolio. Jenama utama WIPRO UNZA termasuklah
ENCHANTEUR, SAFI, EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.
Kebanyakan produk
WIPRO UNZA tersenarai kedudukan teratas dalam pasaran oleh kerana jenama
tersebut direka khas untuk pengguna Asia.
TERBAEK PRODUK NI :)
ReplyDeleteKena beli produk ini.. Bagus..
ReplyDelete