6 Manfaat Mewarna dan Melukis di usia kanak-kanak

September 27, 2018

6 Manfaat Mewarna dan Melukis di usia kanak-kanak 

1) Merangsang kemahiran motor halus.
 Semasa melukis atau mewarna, anak perlu memegang pensel atau pensel warna. Hal ini sekali gus dapat merangsang dan melatih kemahiran motor halusnya kerana otot-ototnya iaitu jari, tangan dan pergelangan tangan bergerak semasa melukis atau mewarna.

2) Membantu meningkatkan daya tumpuan.
 Tanpa kita sedar semasa anak sedang melukis atau mewarna, dia akan memberikan sepenuh perhatian kepada kerjanya itu.

3) Berlatih memegang alat tulis.
 Anak akan belajar cara yang betul dan selesa untuknya memegang alat tulis semasa melukis atau mewarna.

4) Membentuk kordinasi tangan-mata
Semasa mewarna, anak anda akan belajar untuk bersabar terutama apabila memerlukannya mewarna kawasan spesifik supaya warna tersebut tidak terkeluar daripada garisan.

5) Medium hiburan.
 Melukis dan mewarna membolehkan anak  merasa relaks dan selesa semasa menghasilkan dan menyiapkan kerja tersebut.

6) Belajar merancang.
  Anak-anak akan belajar merancang untuk memilih warna apa yang akan digunakan bagi mewarna gambar tersebut.
7) . Mengeratkan hubungan
Secara tidak langsung semasa anak-anak sedang melukis dan mewarna kita sebagai ibu bapa akan duduk dekat untuk memerhati dan memberi tunjuk ajar.  

Cik Qilah Menang Pertandingan Mewarna di PASTI 

Teruja semalam ambil cik qilah dari sekolah. Belum sempat sampai rumah dalam kereta lagi dah tunjukan hadiah yang dia menang. Alhamdulillah 

Doa anak Bijak
kebaikan melukis untuk kanak kanak aktiviti mewarna untuk kanak-kanak kemahiran mewarna kanak kanak kepentingan aktiviti mewarna kepada kanak kanak lukisan kanak kanak cik qilah menang pertandingan mewarna pertandingan mewarna bulan kemerdekaan 6 Manfaat Mewarna dan Melukis di usia kanak-kanak Cik Qilah Menang Pertandingan Mewarna di PASTI
6 Manfaat Mewarna dan Melukis di usia kanak-kanak


Cik qilah tak tahu sebenarnya mama awal-awal dah tahu sebab cikgu dah hantar gambar dalam group whatapp Ibubapa dan guru PASTI.
 

5 comments:

  1. tahniah kpd cik qilah. semoga berjaya menjadi pelukis terkemuka kelak..

    ReplyDelete
  2. tahniah cik Qilah...mana tau kot suatu hari dia boleh jadi pelukis yg terkenal kan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah cik Qilah. Dah nampak bakat terpendam dah tu.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.