Resepi Udang Butter Milk

August 06, 2018

Resepi Udang Butter Milk

Hujung minggu biasanya kalau miza tak ada sebarang aktiviti atau jemputan orang kawin adalah masa untuk bersama keluarga di samping mereka cipta dan masak istimewa untuk keluarga.

Resepi Udang Lipan 
Udang Masak Lemak Cili Padi
Resepi udang butter,  resepi udang butter milk,  butter prawn,  resepi udang,  udang masak simple,  resepi mudah,
Resepi Udang Butter Milk

Balik dari jogging di taman EE singgah pasar beli barang basah untuk stock seminggu. Maka terhasillah Resepi Udang Butter Milk.


Bahan-bahan Resepi Udang Butter Milk

Udang
Bawang Merah atau Bawang Holand (ikut koranglah ye)
Bawang Putih
Daun Kari ( ini watak kedua penting selain udang 😅)
Cili Padi
Butter
Susu Cair
Garam.


Cara Masak Udang Butter Milk 


1.Bersihkan udang.  Nak buang kepala atau tak nak pun ikut korang.  Miza suka buang siap-siap senang anak-anak nak makan nanti.

2. Goreng udang untuk bagi kering air.  Hati-hati ye minyak merecik kena muka nanti

3. Tumis bawang,  cili dan daun kari dengan butter sehingga naik bau dan keperangan  kemudian masukan udang dan susu cair. Kalau nak pekat sikit boleh tambah tepung jagung sikit. 

4. Masukan sedikit garam Adjust rasa ikut tekak korang kalau pedas  Sangat boleh tambah gula sikit. 

Selamat menjamu selera.


9 comments:

  1. ayam butter dah biasa makan, ni udang first time dapat resepi. nanti boleh try

    ReplyDelete
  2. alahai Cik Mijah ni...akak dah la tengah diet nasi ni....bestnya la lauk...

    ReplyDelete
  3. Tergoda tengok udang buttermilk ni. Dah lah udang fav ana walau kolestrol akan tinggi. Hehe. Boleh cuba resipi ni nanti.

    ReplyDelete
  4. cik mija kita dtg makan udang buttermilk sambil follow awak balik..hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.