Resepi Udang Butter Milk
Resepi Udang Butter Milk
Hujung minggu biasanya kalau miza tak ada sebarang aktiviti atau jemputan orang kawin adalah masa untuk bersama keluarga di samping mereka cipta dan masak istimewa untuk keluarga.Resepi Udang Lipan
Udang Masak Lemak Cili Padi
Resepi Udang Butter Milk |
Balik dari jogging di taman EE singgah pasar beli barang basah untuk stock seminggu. Maka terhasillah Resepi Udang Butter Milk.
Bahan-bahan Resepi Udang Butter Milk
UdangBawang Merah atau Bawang Holand (ikut koranglah ye)
Bawang Putih
Daun Kari ( ini watak kedua penting selain udang 😅)
Cili Padi
Butter
Susu Cair
Garam.
Cara Masak Udang Butter Milk
1.Bersihkan udang. Nak buang kepala atau tak nak pun ikut korang. Miza suka buang siap-siap senang anak-anak nak makan nanti.
2. Goreng udang untuk bagi kering air. Hati-hati ye minyak merecik kena muka nanti
3. Tumis bawang, cili dan daun kari dengan butter sehingga naik bau dan keperangan kemudian masukan udang dan susu cair. Kalau nak pekat sikit boleh tambah tepung jagung sikit.
4. Masukan sedikit garam Adjust rasa ikut tekak korang kalau pedas Sangat boleh tambah gula sikit.
Selamat menjamu selera.
sedap2! selalu wat ayam butter. :)
ReplyDeleteayam butter dah biasa makan, ni udang first time dapat resepi. nanti boleh try
ReplyDeletealahai Cik Mijah ni...akak dah la tengah diet nasi ni....bestnya la lauk...
ReplyDeletesedap :)
ReplyDeleteBoleh cuba tu
ReplyDeleteTergoda tengok udang buttermilk ni. Dah lah udang fav ana walau kolestrol akan tinggi. Hehe. Boleh cuba resipi ni nanti.
ReplyDeletecik mija kita dtg makan udang buttermilk sambil follow awak balik..hehe
ReplyDeletepergh..sedap sungguh rupanya
ReplyDeletedone follow #154
ReplyDelete