Panduan Solat Sunat Aidil Adha

August 21, 2018

Panduan Solat Sunat Aidil Adha  

 Selamat Hari Raya Aidiladha buat umat Islam di Malaysia, Tanggal 10 Zulhijjah merupakan Hari Raya Aidil Adha dan merupakan hari tasrik yang haram berpuasa. Panduan Solat  Sunat Aidil Adha
  • Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  • Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  • Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  • Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  • Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  • Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  • Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  • Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  • Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  • Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  • Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  • Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak
 
Panduan Solat Sunat Aidil Adha, Rakaat Pertama Solat  Sunat Aidil Adha  Rakaat Kedua Solat  Sunat Aidil Adha
Panduan Solat  Sunat Aidil Adha

Cara Melaksanakan Solat Hari Raya

Berikut cara-cara solat hari raya yang dianjurkan oleh Rasullullah SAW.

Rakaat Pertama Solat  Sunat Aidil Adha
1. Dimulai dengan takbiratulihram iaitu “Allahuakbar” beserta niat: Cara Solat Sunat Aidiladha“Sahaja aku solat sunat Eidiladha dua rakaat tunai (sebagai imam/makmum) kerana Allah Taala.”
2. Membaca doa iftitah.
3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak 7 kali seperti takbir solat fardhu, “Allahuakbar”. Di antara takbir diikuti dengan bacaan tasbih. Cara Solat Sunat Aidiladha
“Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.”
4. Membaca surah al- Fatihah.
5. Membaca ayat daripada surah al–Quran, disunatkan membaca surah al-A’laa atau surah-surah lain.
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat Kedua Solat  Sunat Aidil Adha
1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak 5 kali. Di antara takbir diikuti dengan bacaan tasbih. Cara Solat Sunat Aidiladha
“Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.”
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca ayat daripada surah al-Quran, disunatkan membaca surah al-Ghaasyiyah atau surah-surah lain.
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.
Setelah selesai mengerjakan solat hari raya, khatib akan membaca 2 khutbah. Khatib disunatkan duduk antara khutbah. Khatib juga disunatkan melafazkan takbir sebanyak 9 kali pada khutbah pertama dan 7 kali pada khutbah kedua secara berturut-turut.

Panduan Solat Sunat Aidil Adha 

1. Menurut Iman As-Syafie, asal perkataan ‘eid’ iaitu kembali kerana sifatnya yang dilakukan berulang kali setiap tahun.
2. Tidak disunatkan azan dan iqamah, memadai Bilal menyeru “as-Solatul Jami’ah” – Marilah Solat berjamaah.
3. Waktunya setelah naik matahari sehingga sebelum masuk waktu Zohor.
4. Disunatkan tidak makan terlebih dahulu sehingga solat telah dikerjakan.
5. Terlewat – Apabila mendapati jamaah telah selesai solat, kerjakanlah juga solat Aidiladha, jangan ragu dan malu untuk mengerjakannya hingga selesai.

No comments:

Powered by Blogger.