Ayam Bakar Noxxa
Ayam Bakar Noxxa
Hari-hari memikir menu apa nak masak kadang boleh jem. Semalam dah alang-alang balik lewat dan kepenatan asbab cuaca yang sangat membahang miza cuma sempat masak ayam bakar noxxa.Mujur anak-anak dan EE tak komplain. Deme makan jew sampai habis. Agaknya sedap kot hehe. ( masuk bakul angkat sendiri )
Dah potong siap-siap senang tak berebut nak makan amik jew. |
Ok miza nak share resepi Ayam Bakar Noxxa yang simple semalam.
Bahan-bahan untuk Ayam Bakar Noxxa ( Perapan )
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 sudu serbuk lada hitam
1 inci halia
1 Batang Serai
2 atau 3 sudu sos tiram
1 sudu besar gula pasir
1 sudu garam( ikut tekak masing-masing )
Cara-cara membuat ayam bakar Noxxa
Blend semua bahan yang di atas dan lumur pada ayam. kemudian perap.lagi lama lagi sedap tapi semalam miza sempat perap 20minit jew sebab nak buat juadah berbuka puasa.
Ayam yang sedang di perap. Next plan nak buat sekor jew tanpa potong baru macam dekat kedai kan |
Cara-cara membuat ayam bakar Noxxa
Masukkan ayam yang telah diperap. Kemudian tutup. Tekan HIGH PRESSURE 7 minit kemudian tekan ON.
Selepas 7 minit tekan button off, angkat tombol untuk keluarkan semua wap.
Semasa penutup di buka akan nampak minyak dan air wap bercampur dengan ayam. Jangan risau kalau nampak macam berkuah pulak.
Tekan Button STIR FRY kemudian tekan ON. Balik balik kan ayam sehingga air wap dan minyak tadi kering dan dapat warna ayam yang menarik.
Tekan button off dan dah siap. Selamat mencuba resepi ayam bakar Noxxa ini ye.
sdapnya..:)
ReplyDeletemudah kan dengan Noxxa ;D
ReplyDelete