Selesai kisah Duit Raya
Selesai kisah Duit Raya
Alhamdulillah, Selesai kisah Duit Raya 2018. Sakan betul
beraya tahun ne walaupun ada cabaran pada awal raya ritu. Adui nantilah miza
cerita. Tak pasal kena buat lagi Enteri Tragedi Raya sekadar buat kenangan di
dalam blog kesayangn miza ne. Selesai kisah Duit Raya
Selesai kisah Duit Raya dua anak bertuah ne siapa lagi kalau
bukan cik qilah dan Afiq furqan. Amboi Kenal sangat dorang dengan duit . Pastu
eksyen nak beli apa-apa cakap pakai lah duit raya adik, pakai lah duit raya
kakak.
Afiq dah teruja nak beli robot. Beli yang murah-murah jew sebab tak pandai jaga barang rosak tak sakit hati sangat. |
Cik Qilah macam biasa beli buku nota, pensel, pensel warna, pen. Padahal dekat rumah semua dah ada. Lepas ne boleh jadi koperasi lah |
Duit raya anak-anak ne amanah kita sebagai ibubapa tolong
jagakan kalau terpakai sila ganti balik haippp. Ok tahun ne miza dah deal
dengan budak bertuah ne hanya 20 percent sahaja duit raya boleh guna untuk beli
mainan atau apa sahaja yang dorang nak selebihnya simpan.
Macam biasalah Tabung Haji sebagai pilihan untuk tempat
simpan duit raya.
Keterujaan seorang budak lelaki dengan robot |
Tapi tahun ne macam bijak sikit dah tak pergi ke Tabung Haji
tapi hanya buat online Transaction sangat jimat masa dan tenaga. Kalau tak
bertabahlah nak cari parking nak tunggu nombor giliran lagi huhu tak rela.
yeah jimat minyak tak penat cari parking. |
Jadi lepas ne kalau korang nampak ada orang pergi pasar atau
isi minyak guna rm1 husnozonlah ye. Miza
salah seorang yang guna duit rm1 untuk segala urusan bulan ne. Gara-gara nak
jimat masa dan minyak pergi simpan duit raya anak ke Tabung Haji kita pakai
sistem barter.
terbaek.. seronok tgk budak2 hepy :)
ReplyDeletesenang main transfer je skrg ni..tak yah bersesak dlm jammed...
ReplyDeletebelum kira duit raya anak-anak lagi huhu
ReplyDelete