Ini Kawan dia
Ini kawan Dia
Setelah dua hari gantung periuk dari pagi sampai ke malam makan di sponser moh ler kita kembali ke pangkal jalan. Miza sila kembali ke dunia asal. Jangan nak berangan sangat makan semua di sediakan orang, bajet macam ada pembantu rumah pulak 😅. Ini Kawan dia
Bukan apa sebenarnya dua hari ne penuh sangat dengan jemputan majlis raya walaupun raya dah habis. Jadi minggu lepas hujung minggu miza memang makan jew lah. Ai is kan tak suka menghampakan orang. Hehe
Jadinya menu monday blues kita hari ne kobis masak lemak putih kawan dengan ayam goreng berempah dan ikan masin.
Inilah kawan dia. Siapa nak makan dengan ayam boleh nak makan dengan ikan pun boleh. Yang pasti sayur dan kuah miza masak sekali jew.
sedap :)
ReplyDeleteBila time raya, dah makan macam2..menu hat simple macam ni memang memenuhi tekak sangat lepas jenuh makan segala rendang bagai...
ReplyDeletegelama masin jeruk ke tu Miza, sedap ya amat kan, kena pula dengan lemak kobis tu, cukup dah pada kak ana ni :)
ReplyDeleteYg simple tu yg sedap kan. Kadang tak sedar tambah nasi berpinggan2. Hihi
ReplyDelete