Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde
Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde
Alhamdulillah dah 15 Ramadan berlalu baru miza sempat nak update resepi Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde. Konon nak try buat kuba guling tapi bila pikir mana nak cari air tempurung tu tak yah lah nak pening-pening buat Buah Melaka sudah lagi senang.
Ini projek kuih berbuka segera miza dengan kakak ipar semalam. Kalau miza sorang tunggu hari cutilah baru nak buat kot
Jom miza share cara mudah Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde
Resepi Apam Gula Hangus
Bahan-bahannya Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde:
4 cawan tepung pulut
Gula melaka secukupnya
air secukupnya
Kelapa parut
Sedikit garam
Daun pandan / Pewarna Hijau
Pakai gula melaka jew senang nanti cair dalam mulut |
Gula melaka di potong Nipis-nipis untuk senang makan nanti dah masak cair jew dalam mulut. Serius sedap
Kelapa yang telah di kukus dengan secubit garam untuk rasa berlemak |
Kukus kelapa dengan sedikit garam untuk rasa lemak dan tahan lama. tak kukus pun tak pe janji terus makan jew
Doh yang telah di bancuh dengan air kosong dan pewarna hijau. Kalau pakai daun pandan lagi terangkat bau semasa rebus nanti. Takpelah nak cepat |
Tepung Pulut yang telah di uli dengan air kosong. Nak tahu sedang elok doh ne pegang cuping telinga doh lembut ala-ala cuping telinga. Ada orang campur dengan tepung gandum tapi miza pakai tepung pulut sahaja.
Resepi Nona Manis
Resepi Nona Manis
Besar ke kecik bergantung pada banyak gula melaka yang nak di isi. Tapi kalau besar sangat dah rupa kuih bom bukan buah melaka |
Uli bulat-bulat dan masukan di tengah-tengah gula melaka yang telah di potong tadi
Sesi beramah mesra sementara tunggu air mendidih. nanti kubang sama-sama ye. siapa naik dulu dia menang heeh |
Tips tak nak buah melaka melekat masa rebus nanti masukan sedikit minyak masak semasa merebus. Nak tahu macam mana dah masak yang dah timbul tu dah masaklah dan angkat toskan air masukkan dalam kelapa yang telah di kukus bersama sedikit garam.
sedia di hidang. Jimat duit dari beli dekat bazar. Sehingga hari ne miza masih berpuasa dari pergi bazar Alhamdulillah.
sedapnyaa..")
ReplyDeleteSedaap ni, nak buat lah nanti.
ReplyDeletefav sha ni. selalu juga tolongmakcik buat sbb senang
ReplyDeleteresepi ibunda yang harus kita pertahankan, sedap makan, meletop intinya dalam mulut kan miza :)
ReplyDelete