5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERBUKA

May 22, 2018

5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERBUKA


Berbuka bukan sekadar makan. Berbuka berikan tubuh nutrisi yang tubuh perlukan. Tapi berbuka bikin manusia alpa.

Dibalun semua di hadapan mata. Semua sedap. Semua lazat.

Ironinya ketika lapar itulah yang berlaku. Bau makanan hadirkan rasa sedap. Lihat sahaja kecurkan air liuar.

Kenapa berlaku begini? Dopamin punya pasal. Nuerohormon ini suka pada makanan. Lihat, bau, dengar sahaja tentang makanan sedap, dopamin akan jenguk ke luar.

Jengukan sedikit undang rasa ketagih. Sebab itu ada yang terliur sekadar dengar teman bercerita tentang sedapnya makanan.

Dopamin perlu keluar. Pada sukatan betul kita bahagia. Pada sukatan berlebihan ketagihan menanti. Benihkan derita sentiasa.

Dopamin
keluar berlebihan kalau kita ambil makanan berikut ketika berbuka



Tips Kurus Lepas Raya
Beli Alat Senam Bawah RM50
5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERBUKA, Dopamin, tips kurus, tips maintain berat, Tips kurus
5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERBUKA


5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERBUKA

1. Nasi putih - lepas maghrib rasa mengantuk mengintai dari kamar. Kita menguap sakan. Mata jadi berat.

Rasa  mahu berbaring sebentar. Kuatkan diri hadir ke tarawih. Sepanjang berterawih serangan mengantuk bertubi tubi. Menguap menjadi jadi.

2. Makanan tinggi gula putih. Seperti minuman yogurt berperisa. Minuman dalam tin dan kotak.

3. Mee, bihun atau kueh tiaw

4. Kuih muih pelbagai warna dan manis

5. Makanan diproses seperti nugget, berkrim seperti donut.

Kesemua di atas sedap dilidah. Sakit diperut dan otak. Saki pada kedua bahagian ini tidak segera. Perlahan lahan.

Ia membina lurah luka. Ia mencarik isi. Ia merobek di sana sini.

Tubuhkan keluarkan pihak pengaman untuk bantu. Tidak tertanggung mereka kerana serangan bertubi tubi dan setiap hari.

Akhirnya mereka mengalah. Ketika ini kita akan dengar doktor sebut “maaf encik, penyakit ini tiada rawatan. Atau “maaf encik, ini stage 4. Mungkin encok ada 2 bulan untuk hidup.

Puasa untuk powerkan tubuh. Tubuh perlukan real food - makanan sebenar. Makanan ciptaan tuhan bukan makanan bikinan dan olahan




Sumber : FB Dr Rizal Abu Bakar

5 comments:

  1. nasi tu tak boleh tolak, so far terawih okay lagi

    ReplyDelete
  2. Ena memang tak boleh berbuka kalau takde nasi. Tapi cukup lah nasi berlauk je. Takde makanan tambahan lain takut kenyang sgt nk trawih. Lepas trawih biasa ena sambung makan kudapan lain.

    ReplyDelete
  3. Akak berbuka dapaat air dulu cukup..buah tamar pas tu baru amik makanan berat...

    ReplyDelete
  4. Sejak dah naik berat badan & susah pulak nak turun, nasi dah cut separuh. Kalau blh, mmg x nak makan nasi, tapi x blh... Cuma lebihkan vitamin, protein & sayuran, elak buffet & bazaar. Benda2 manis pun akak hadkan seminggu sekali ja. Ramadhan kali ni mmg diet betul. :D

    ReplyDelete
  5. bukak puasa nak carik nasi dulu, waaa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.