Kids Fair di Damansara City Mall
Kids Fair di Damansara City Mall
Pejam celik dah berakhir sudah cuti sekolah penggal pertama. Pastinya cuti sekolah ini ada banyak aktiviti yang menarik miza dan anak-anak dah lakukan antaranya sabtu lepas kitaorang berpeluang menyertai Kids Fair di Damansara City Mall dengan kerjasama Scoops Mediacom yang berlangsung selama 2 hari
Damansara City Mall ini merupakan mall baru. Kalau tak salah miza baru setahun mall ini beroperasi. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak Damansara City Mall yang paling best ianya percuma tak perlu keluar modal pun.
Mr. Bean & Mad Saintis Workshop
Aktiviti pertama kitaorang pada Kids Fair Di Damansara City Mall bersama Mr Bean dan Mad Saintis Workshop yang berlangsung di First Floor.
Muka puas dapat hasilkan sendiri belon bentuk puppy hasil tunjuk ajar Mad saintis |
Masa mula-mula sampai cik qilah dan Afiq agak takut-takut dengan Mr Bean dan Badut yang ada terkejut agaknya, selalu tengok Mr Bean dalam Tv sekali tengok live eh.. eh
Mama wakil untuk anak-anak sebab dorang terkejut tengok Mr Bean Live |
Aktiviti bersama dengan Mad Saintis yang di bantu oleh badut yang sporting ialah menghasilkan puppy. Teruja anak-anak miza dapat hasilkan puppy sendiri siap boleh lukiskan mata dan mulut untuk puppy.
Group photo bersama Mad Saintis dan hasil belon masing-masing. Masa ne Cik Qilah dah bz mewarna |
Mewarna.
Aktiviti seterusnya pada Kids Fair hari itu di teruskan dengan aktiviti mewarna. Leka betul anak-anak miza mewarna sampai tak sedar akan kehadiran Mr Bean.
Mr Bean ne memang mesra alam suka benar dia mengusik anak-anak |
Fokus cik qilah mewarna, afiq jangan tanya dah penat katanya. Budak lelaki cepat bosan bila kena duduk lama-lama.
Nampak tu Cik Qilah tengah fokus mewarna |
Tara inilah hasilnya warna-warni burung awak cik qilah tapi kemas tak comot good girl |
Kinetic Sand
Inilah aktiviti yang afiq tunggu dari datang tadi. Sebab main kat rumah Kinetic sand ne sikit jew. Hah tengok ne dapat buat macam-macam bukan anak-anak jew mak pun join sekali syok wei.
Dah penat mewarna sambung lagi main kinetic sand |
Uncle Tommy pun teruja join main kinetic sand ne dengan anak-anak |
Ukulele bersama Teacher Jason
Aktiviti seterusnya adalah belajar bermain Ukulele bersama Teacher Jason. Sudah pasti anak-anak teruja dengan warna ukulele yang pelbagai dan bentuk yang kecil. Selalu dapat main gitar pak long yang besar jew. Tekun jew Teacher Jason mengajar dari cara pegang sampailah cara main ukulele dengan betul.
Cantikan ada pelbagai warna yang menarik |
Teacher Jason sedang tekun mengajar anak-anak cara peganag dan cara petik ukulele dengan betul. Fokus anak-anak |
Kids Dance With Teacher Kitty
Aktiviti terakhir anak-anak sempena Kids fair di Damansara City Mall. Tak payah suruh menari dorang dah naik dulu pentas sebelum Teacher Kitty naik. Adoi anak-anak terlebih eksited korang ne. Tengoklah cik qilah yang paling depan dan paling eksited menari ajak balik pun tak nak.
Ok bila bab menari dorang dah kuasai pentas dari Teacher Kitty yang comei tu |
Group Photo bersama Teacher Kitty dan badut yang sangat sporting pada hari itu |
Secara keseluruhan miza sangat berpuas hati dan seronok tengok anak-anak enjoy dengan setiap aktiviti yang di sediakan oleh pihak penganjur Kids Fair di Damansara City Mall. Kalau ada lagi aktiviti seperti ini miza tak teragak-agak nak bawak anak lagi sure dorang seronok.
Disini miza sediakan Map untuk ke Damansara City Mall
Mmg enjoy kn kids fair ni. Next time nak dtg lagi 😉
ReplyDeleteCantik balloon itu. Mesti anak seronok bermain.
ReplyDeletebyknya aktiviti sure budak2 suka
ReplyDeleteBestnyer byk aktiviti utk budak2.kalo kt ipoh pun ad kn best
ReplyDeleteBanyak aktiviti dkt sana tu nampaknye. Seronok lah anak2. Sambil berhibur sambil belajar.
ReplyDeleteTerhibur anak2.. hehehe..
ReplyDelete