Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin
The Three Village Boys
Semalam bertempat di Pusat Kanak-kanak
kreatif Tunku Bainun TTDI, Miza dan anak-anak
sempat menghadiri Perasmian Buku
Kanak-kanak The Three Village Boys hasil karya Dr Liza Mydin,
Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin | Cantikan Penulis ne |
Beliau merupakan naib
presiden pematuhan di bank Islam asing di Malaysia, Liza Mydin telah menulis
banyak artikel tentang tadbir urus korporat dan tingkah laku etika. Pengalaman
dan pemerhatian beliau mengajarnya bahawa akhlak dan etika yang baik adalah bermula dari usia muda. Kesedaran ini menyebabkan Liza menulis buku anak
sulungnya, The Three Village Boys, pengembaraan yang menggembirakan tentang
keadilan, kebaikan, dan keadilan.
Ibu muda ini berhasrat untuk memberi ingatan kepada generasi muda bahawa
hidup ini perlu mempunyai misi yang besar.
Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin | Bersama maskot |
Liza mydin juga merupakan ibu kepada
tiga orang anak menzahirkan harapan agar bukunya dapat menjadi wadah perbualan
antara ibu bapa dan anak-anak berkaitan nilai-nilai murni dalam kehidupan,
keadilan social berkenaan agihan pendapatan dalam golongan masyarakat dan etika
dalam kehidupan seharian.
Majlis pelancaran Buku The Three Village Boys telah disempurnakan oleh Pakar Ekonomi dan Cendiakawan Tersohor dan
merupakan seorang yang sangat mementingkan hak keadilan sosial iaitu, Prof
Abbas Mirakhor. Turut sama memeriahkan majlis perasmian tersebut para media, rakan-rakan blogger, sahabat handai dan ahli keluarga.
Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin | Prof Abbas Mirakhor. |
Turut sama-sama memeriahkan semasa pelancaran tersebut ialah
persembahan StoryTelling dari Shena yang di iringi alunan muzik gambus dan
seruling yang mengasyikan serius best sangat-sangat persembahan dorang ne miza bagi 5 bintang
Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin | Serius terpukau dengan persembahan dorang |
Ajaran nilai-nilai murni yang diterapkan pada anak-anak kecil akan melahirkan masyarakat yang lebih ampuh di generasi akan datang Dr Liza Mydin
Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin | Bersama rakan-rakan Bloger |
The Three Village Boys
The Three Village Boys adalah kisah tentang Youssef, Zayyed, dan
Omar, yang tidak pernah mengembara di luar kampung
kecil mereka. Pada suatu hari,mereka memutuskan untuk
menerokai kampung berdekatan. Sepanjang Perjalanan pengembaraan mereka, banyak penemuan tentang cara hidup dan pelbagai jenis ragam manusia. Sebagai contoh,
Zayyed bertemu dengan orang-orang yang marah yang suka membuat senjata. Youssef
dan Omar menghadapi jurang sosial dan ekonomi di kampung-kampung lain.
Terdapat dua elemen penting yang
terkandung dalam buku yang di tulis oleh Liza Mydin.
1- Meningkatkan keupayaan
daya imaginasi kanak-kanak bagi mengasah minda kritis semasa mereka mengembara
yang dibawakan oleh tiga budak kampong yang bernama Yuossef, Zayyed dan Omar.
2- Menyingkap
persoalan dan perbezaan dalam masyarakat yang terdapat jurang agihan pendapatan
dan ketidakadilan yang berlaku hari ini.
Sepanjang Majlis Pelancaran semalam turut disediakan Pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak seperti aktiviti bercerita, seni pasir dan
dekorasi topi tarbus.
Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin | Budak dua ketui ne pun teruja baca buku ini |
Buku The Three Village Boys,
mempunyai 26 halaman kesemuanya, dipaparkan dengan ilustrasi bewarna untuk
menjadikan kisah pengembaraan tersebut Iebih menarik
Keluaran pertamanya telah diterbitkan pada tahun 2012 dan telah
dijual hingga kini di Amazon UK, US dan kedai Barnes & Noble bagi memenuhi
permintaan pasaran antarabangsa.
Bagi edisi terkini, ia didatangkan dengan versi kulit tebal dan
boleh dibeli secara online di www.thetvb.com.
Menarik juga jalan cerita buku tu miza. Banyak pengajaran yg boleh belajar dalam buku tu
ReplyDeleteBest dan menarik buku ni. Sesuai utk ank².. Majlis tu simple but sgt seronok dn byk bnda bru dpt belajar. terpegun dgn storytelling
ReplyDeleteMenarik.. Sha setuju mengenai penerapan nilai murni pada peringkat awal usia..
ReplyDeleteBagus buku nih diterbitkan dengan menerapkan nilai nilai murni.
ReplyDeletemaybe i should get this as well.
ReplyDeleteMeriahnya pelancaran ni dengan buku yang menarik
ReplyDelete