TIPS HOME DECOR RAYA DI CAROUSELL

June 18, 2017

TIPS HOME DECOR RAYA DI CAROUSELL


Tips Home Decor Raya Di Carousell. Pejam celik pejam celik kurang seminggu lagi kita semua bakal menyambut Hari Raya, Sudah pasti Hari Raya adalah sambutan yang ditunggu-tunggu setelah sebulan berpuasa. Bila sebut pasal raya semua lah akan di siapkan dari bab pakaian raya, juadah raya, duit raya serta perhiasan raya. Raya kot setahun sekali jew tapi tak lah sampai suruh membazir.Ikut kemampuan masing-masing




Di zaman serba harga barang naik ne mestilah kena jadi pengguna yang bijak, Bijak memilih dan bijak membayar. Nak lagi bijak shopping di Carousell Kenapa miza cakap bijak sebab dah tak perlu bersusah payah nak hadap jem pergi ke satu kedai ke satu kedai untuk servey harga dan pilih barang. Korang hanya perlukan sebuah laptop atau henpon korang yang canggih tu login jew ke Carousell untuk mencari Idea Home Decor Rumah sempena raya tanpa mengeluarkan peluh setitik pun. Mudahkan. Hah sebab tulah miza cakap bijak tadi




Ada banyak pilihan yang ada di sana. Nak senang boleh pilih ikut apa yang korang nak

TIPS HOME DECOR RAYA DI CAROUSELL

Apa yang best bila dah sign in jew Carousell ne dengan tiba-tiba mencurau idea Home Decor datang. Best sebab ada banyak pilihan dan konsep dengan harga yang berpatutan ada. Ikut selera dan bajet masing-masing.

Apa yang penting bila cakap pasal nak Deco Rumah. Benda pertama orang akan nampak adalah langsir.Langsir ini ibarat baju pada sesebuah rumah, bila baju cantik mesti orang yang pakai nampak cantik. Macam tu jugak rumah. Bila langsir rumah cantik dan kemas secara tak langsung rumah tersebut akan nampak kemas dan cantik. Jangan salah pilih langsir yang berwarna gelap dan corak yang serabut boleh berpinar mata memandang. Tak pasal rumah yang luas akan kelihatan kecil di sebabkan langsir berwarna gelap dipasang.No.. No.. Nak raya mestilah pilih warna yang ceria-ceria. Cuba tengok ne ada macam-macam pilihan idea nak pilih langsir. Langsir 3D pun ada kalau nak cuba.



Karpet, Yes karpet kalau hari biasa tak pasang karpet bila nak raya ne kena lah hiasa sikit rumah dengan karpet baru. Siapa kata beli karpet baru mahal. Percaya tak korang boleh beli karpet baru dengan nilai bawah RM100. Kalau rasa mahal juga boleh jew cuci karpet lama korang tu. Macam mana nak cuci tu nampak tak ada servis cuci karpet. Hah best kan cuci-cuci mata di Carousell. Bukan sekadar dapat barang murah malah turut ada servis mencuci karpet lama supaya nampak seperti karpet baru lagi jimat.




Hiasan Meja,  Korang boleh pilih lampu lilin yang comel ne di letakan di atas meja.  penting ne bila nak selfie nanti tak Nampak rupa pulak. Penat jew make up tebal-tebal. Hehe. Yang sebenarnya lampu ne penting sangat nanti nak makan ketupat dan rendang.






Bekas kuih yang pelbagai bentuk dan pilihan juga ada dijual boleh buat rambang mata. Yang best bukan sekadar balang kuih raya sahaja yang dijual. Nak tempah biskut raya pun boleh eh sempat lagi kew?. Apa kata beli terus dari seller di carousel ne lepastu terus isi kuih raya sekali jalan dah tak pening nak cari kuih raya.






Tak susahpun nak shopping di carousell, Bukan sekadar berjimat malah boleh dapat kenalan baru dengan seller di sini.

 
Bestkan,  Memang bestla shopping dekat Carousell. Ada banyak pilihan, berganda penjimatan dan paling penting ianya mudah. Tanpa perlu fikir tentang kesesakan atau masa yang perlu diambil untuk keluar membeli-belah. Hanya duduk depan PC, klik dan pilih. Baca komen dan pendapat pengguna/pembeli yang lain. Buat pemilihan bijak, pilih dan bayar.

Korang sebenarnya boleh dapat banyak lagi idea Home Decor di carousell . Boleh dapat dari barang baru atau second hand atau barang-barang yang pre-loved dekat Carousell ni. Lagipun dengan membeli barang second hand ni, korang sekurang-kurangnya membantu orang lain untuk dapat sumber pendapatan. Bagus kan? 

Kalau korang nak cuba cari barang lain pun ada dekat Carousell ni. Korang tau tak sebenarnya selain daripada membeli, korang pun boleh jual barang-barang hiasan rumah lama korang yang dah pakai tu? Daripada biar je barang-barang tu terperam berhabuk dalam rumah, baik korang jual. Duit dapat, rumah pun tak penuh dengan barang yang dah tak digunakan lagi.
 

Miza rasa mesti ada diantara kawan-kawan korang yang tak tahu pasal Carousell ni kan. Cuba korang share artikel ni dengan kawan-kawan korang sebab bagi miza, Carousell ni bagus sebab kita boleh beli barang-barang baru dan juga barang secondhand dengan harga yang lebih murah serta menjana pendapatan secara tak langsung, dari buang baik jual pre love di Carousell.

1 comment:

  1. Wah. Bab deco ni kalau raya dah menjadi kemestian. Senangnya banyak pilihan di Carousell.. best!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.