sepetang di citta Mall

May 31, 2017


Sepetang di Citta Mall, memandangkan puasa pertama pada tahun ini jatuh pada hari sabtu dan miza tak dapat pulang berpuasa dikampung sebab En Eddie kena ganti orang kerja jadinya miza sekeluarga ke Citta Mall petang tu. Oleh kerana jarak yang dekat dengan rumah jadi En Eddie on jew plan miza nak berbuka di luar. 

SEPETANG DI CITTA MALL

Citta Mall ne terletak di Ara Damansara laluan nak ke Subang Airport. Tapi korang jangan terus jew nanti sampai kat Airport pulak, sila amik U Turn ye bila dah nampak Citta Mall di seberang jalan. Di Citta Mall menyediakan tempat parking yang open dan luas. Ok jom ikut miza Sepetang di Citta Mall


MBO Citta Mall

Akiviti pertama miza sekeluarga sampai di Citta Mall ini bermula di MBO, maklumlah bulan puasa nak makan-makan tak boleh jadi kitaorang layan movie sekejab kebetulan Pirates of the Caribbean baru ditayangkan.

sepetang di citta Mall
Anak-anak sedang leka bermain lego



Miza bukan nak cerita movie apa yang kitaorang tengok tapi miza nak cerita sikit apa best kat MBO Citta Mall ne. Tengok tu Anak-anak miza sedang kusyuk main Lego sementara miza beratur beli tiket dan popcorn untuk dorang. Agak-agak kalau miza masuk wayang sorang pun boleh jugak ne biar anak-anak main lego sambil ditemani En Eddie. Ish kejam pulak rasa.

sepetang di citta Mall
Miza bersama rakan Blogger

Selain dari Dinding yang penuh dengan Lego. Yang menarik di MBO Citta Mall ini adalah laluan masuk ke hall yang penuh dengan warna-warni berkonsepkan Alice In  The Wonderland. Corak lantai dinding jugak turut diinspirasikan dari Alice In The Wonderland. Menarikan
sepetang di citta Mall
Laluan ke hall, menarik kan ;)



  Meneroka Dunia Sains di IDiscovery World Citta Mall


Sepetang di citta mall, Selesai tengok wayang miza bawa anak-anak bermain sambil belajar sains di IDiscovery World. Kita tolak ansurlah kan tadi mama dan ayah dah enjoy sekarang masa untuk anak-anak pulak.  Di iDiscovery World segala aktiviti akan dibahagikan  kepada 3 kumpulan umur
1-      4 Tahun – 6 Tahun
2-       7 Tahun – 9 Tahun
3-      10 Tahun – 12 Tahun

sepetang di citta Mall
Miza Sekeluarga di pintu masuk Idiscovery

Sebelum memulakan sesi pembelajaran dan bereksperimen setiap kanak-kanak yang masuk akan dipakaikan cermin mata dan Coat Saintis ala macam kita dulu masuk makmal sains hah ingat lagi tak? Dah tentulah Cik Qilah dan Afiq Furqan dan sangat bersemangat belajar bersama Cikgu Chong.

sepetang di citta Mall
Sesi mempekenalkan diri bersama Cikgu Chong

Antara aktiviti yang sempat anak-anak miza lakukan antaranya ialah bereksperimen dengan Larva Gunung berapi, Sate Belon, DIY Glue Stick, dan macam-macam lagi sampai taknak balik.

sepetang di citta Mall
Antara eksperimen yang dijalankan


Untuk keterangan lanjut, hubungi :
I-Discovery World Citta Mall
011-23848788/012-2815086




Kedai Buku Times di Citta Mall

sepetang di citta Mall
Meneman Cik Qilah pilih buku

Sepetang di citta mall, ok  selesai dah anak-anak dengan aktiviti sains dorang miza terus bawak dorang ke kedai buku Times, dah alang-alang lalu pergi solat asar tadi singgah la sekali untuk cari alatan tulis dan buku anak-anak. 

sepetang di citta Mall
Anak-anak pun sibuk nak cari barang tulis



Berbuka di Mr Dakgalbi Citta Mall

sepetang di citta Mall
Berbuka bersama rakan blogger

Aktiviti terakhir Sepetang di citta mall, miza dan keluarga memilih Mr Dakgalbi sebagai lokasi berbuka hari pertama tahun ini. Wah Kpop sangat . Ini gara-gara terpengaruh sebab selalu tengok Running Man ;)

sepetang di citta Mall
Cik Qilah & Afiq Furqan sedang menikmati menu di MR DAKGALBI
Mr Dakgalbi ne merupakan sebuah franchise yang dibawa masuk dari korea.  Suasana kedai yang luas memang selesa. Yang best menu yang disajikan disini ada special untuk anak-anak sebab tak pedas.

sepetang di citta Mall
Nampak tak betapa meriah menu anak-anak dan orang dewasa

Sepetang di Citta Mall, ok bila perut dah kenyang dengan hidangan menu Korea yang sedap tu jomla kita balik kerumah. Nanti kita datang lagi ;)

5 comments:

  1. SA selalu pi sini pi Village Grocer pas tu selalu tengok wayang kat sini sebab orang x ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat ke Village Grocer tu next time terjah.

      Delete
  2. tak pernah sampai lagi ke Citta Mall ni..Boleh la nnti terjah... ;)

    ReplyDelete
  3. suka pegi citta mall sebab tak sesak. Lagipun banyak pilihan tempat makan disini.

    ReplyDelete
  4. Suka IDiscovery tu. Nice experience utk kids. Mr Dakgalbi tu pon nampak best je ambik portion besar macam tu.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.