Pop Corn Home Made
Pop Corn Home Made
Alhamdulillah CM semakin gigih mencuba resepi-resepi semenjak ada periuk ajaib ne, Jangan marah ye CM nak share resepi lagi guna periuk ne. Rugilah beli mahal-mahal simpan. CM dah bagitau dengan En Eddie nak pakai periuk ne biar setimpal dengan harga.Lama tau CM mengidam nak periuk ne En Eddie selalu wat dek jew. Ok jom kita buat Pop Corn macam yang jual kat pasar malam tu.
pop corn home made |
Cara-Cara Memasak Pop Corn Home Made
1- 4 sudu butter/marjerin stir fry sampai cair2- Letak 1cawan bertih jagung jangan lebih nanti tak semua kembang
3- Kacau kejap
4- HP1 minit
Bunyi beep beep lepas angin terus bukak
Pop Corn akan berwarna putih sebab belum letak caramel, kalau tak nak letak caramel boleh terus letak gula tadi sebelum HP tadi.
Cara Masak Pop Corn Caramel
1-Stir fry2- Setengah cawan butter/minyak/popping oil secukup
3- 4 sudu Gula perang ( kalau suka manis boleh tambah lagi sukatan gula )
4- Kacau dan gaulkan dengan pop corn putih tadi
Siapppp
Nak cantik boleh letak pewarna lagi meriah la pop corn korang nanti. Tapi CM suka camne je
Selamat Mencuba
Antara resepi lain menggunakan periuk noxxa :
Kek Marble
Kari Kepala Ikan
Klu cn buat tak berapa rangup, xbest betul
ReplyDelete