10 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin

May 16, 2021

 10 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin


Beliau merupakan seorang lelaki yang bercita-cita meraih hanya keredhaan Allah.
Beliau merupakan seorang alim yang membuktikan ilmunya dengan amal.
Beliau merupakan seorang tua yang lumpuh seluruh badannya yang tidak sedikit pun mengeluh keadaannya.
Beliau adalah seorang tua lumpuh yang tidak dapat berjalan, amat digeruni oleh kawan dan lawan.
Beliau merupakan seorang mujahid yang berpegang teguh pada pendiriannya, yakin terhadap janji-janji Tuhannya.

Beliau adalah As-Syahid Syeikh Ahmad Ismail Yassin yang merupakan lagenda perjuangan rakyat Palestin yang telah membuktikan cintanya kepada perjuangan melebihi segalanya, yang seterusnya menjadi diantara pelopor perjuangan Intifada dalam menentang penjajah Zionis.

10 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin

10 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin

1. Kembali pada Allah dan tinggalkan keseronokan, lupakan muzik yang melalaikan dan berzikir kepada Allah swt.
2. Solat subuh berjemaah.
3. Hiasi akhlak dengan mencontohi Rasulullah saw dan mendekatkan diri dengan Sunnah Nabi.
4. Solat tepat pada waktunya.
5. Menghayati makna tanggungjawab.
6. Memohon keampunan dari Allah swt.
7. Menghormati yang lebih tua dan menyayangi orang muda.
8. Mengambil peduli tentang agama.
9. Melatih diri untuk hidup tanpa elektrik dan merasakan kesukaran hidup.
10. Berfikir tentang masa depan dan berpegang kepada agama.
ads

No comments:

Powered by Blogger.