Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Rice
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Rice
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Rice. Cuti panjang tak kemana-mana makanya miza dan anak-anak selongkar dapur tengok apa yang boleh di rekacipta untuk perut. Rezeki ada sekotak Cornflakes tak berusik di dapur tu kesian dekat dia duk sana sorang-sorang hehe.
Dapatlah 3 balang kecik comel tu hasil air tangan 3 orang manusia. Tapi masa nak amik gambo 1 balang lagi dah licin di kerjakan #budakduaketui tu
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Rice |
Biskut Semperit Sukatan Cawan
Biskut Mazola Sukatan Cawan
Bahan-bahan Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Rice:
250g buttercup @ boleh guna planta
3/4 cawan gula aicing ( klu suka manis boleh letak 1 cawan terus )
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung ubi
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( miza letak 3 cawan )
Chocolate rice boleh jew nak ganti coklate chips @ badam tapi nanti nama resepi lain lah ye hehe
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Rice |
Cara-cara Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Rice:
• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Miza guna senduk je tapi jangan pukul sampai kembang acah-acah cukup sekadar sebati gula dan butter mesra
• Kemudian masukkan tepung jagung, tepung ubi dan tepung gandum sikit-sikit ye.Kacau bagi sebati tapi JANGAN risau aduan macam lembik sikit sebab kome belum masukan watak utama iaitu cornflake
• Masukkan cornflakes dan chocolate chips gaul sebati.
• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak buat bulat-bulat kecil pun boleh sendiri nak makan
• Jaga jarak biskut akan mengembang tapi jangan risau dia tak akan mengembang setaman punya kembang cantik jew sebab gula dan butter melebur dalam over.
• Bakar biskut pada suhu 160’c selama 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah). Nak tau dah masak bawah dia perang-perang dan Crunchy jew bila kunyah.
Selamat Mencuba
Biskut coklate rise sukatan cawan
Biskut Cornflake madu caramel
No comments: