Al Fatihah Pembuka Hari

August 14, 2020
 Al Fatihah Pembuka Hari 

 Al Fatihah Pembuka Hari. Sedar atau tidak kadang kala kita mulai hari dengan perasaan gembira @ sedih @ takut dan pelbagai perasaan lagi. Tapi kali ini miza nak ajak semua yang sudi baca blog miza ini sama-sama kita selepas membaca enteri ini mulakan setiap pagi dengan Semangat dari Surah Al-Fatihah

Al Fatihah merupakan surah pertama dalam Al Quran, ada yang mengelar ummul Al Quran iaitu Ibu Al Quran. Ada juga yang mengelar Surah Al Fatihah ini Penghulu surah . Walau apa pun nama atau gelaran yang di beri pada Surah Al Fatihah ini marilah sama-sama kita beramal dan mengambil ibrah serta sentiasa kekalkan semangat yag ada dalam surah Al Fatihah yang mengandungi 7 ayat ini.

Miza bukan Ustazah juga bukan nak belagak baik. Miza sengaja share Tadabur Al Fatihah yang di ajarkan oleh Ustaz hakim dalam Group Yaminika dalam blog kesayangan ini untuk tujuan berkongsi. Agar miza dapat ulang-ulang dan dapat mengamalkan ilmu yang miza dapat ini. Semoga menjadi jariah kelak bila miza dah meninggal.
 
Al Fatihah Pembuka Hari  al fatihah sebelum tidur keajaiban surah al fatihah kelebihan surah al fatihah khasiat al fatihah 100 kali pengajaran #yaminika
Al Fatihah Pembuka Hari

Al Fatihah Pembuka Hari 
Di mulakan dengan Bismillah. Dengan Nama Allah yang Sifatnya Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Alangkah rugiya kita jika sentiasa bersandar kepada manusia yang bersifat Lemah. Maka mulai hari ini marilah kita bersandar kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

Al Fatihah Pembuka Hari  
 
ٱلۡØ­َÙ…ۡدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلۡعَٰÙ„َÙ…ِينَ - Segala Puji kepada sifat Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Yang mentadbir Alam ini . Rab iaitu penjaga / Pengawal / Penguasa. Masih lagi hati kita masih ragu dengan Kuasa Allah yang menjaga Alam ini dengan Sifatnya. Analogi mudah kita akan dengan rasa selamat dan tanpa rasa curiga parking di tempat yang ada pegawal berbanding parking di tepi jalan untuk sesuatu urusan contohhhhhh

ٱلرَّØ­ۡÙ…َٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ -  Penegasan Sifat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Menciptakan Dunia untuk kita yang bergelar Manusia. Tak perlu risau isu makan, tempat tinggal dan rezeki sesungguhnya bumi Allah ini sangat luas ciptaannya. 


Ù…َٰÙ„ِÙƒِ ÙŠَÙˆۡÙ…ِ ٱلدِّينِ - Yang Menguasai Hari Pembalasan. Allah, Tuhan yang menguasai Hari Akhirat @ Hari Pembalasan dah pesan kepada kita untuk tidak perlu risau akan urusan dunia kerana dunia ini hanya sementara tapi Risaulah tentang urusan Akhirat. Risaulah atas setiap perbuatan kita sepanjang hidup di dunia yang sementara ini. Allahu lekanya kita kepada indah dunia yang bersifat sementara tapi kita sering Alpa tentang kehidupan Akhirat yang kekal di sana kelak. Hari-hari risaukan perkara yang remeh-remeh nak capai target sale berapa hari ini, nak masak apa, nak makan apa, nak pakai apa. Benda yang sepatutnya kita risau tapi kita masih boleh ambil mudah macam tau je bila ajal kita akan datang menjemput. 

 Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعۡبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسۡتَعِينُ - Hanya kepada Engkau kami Sembah dan Hanya kepada Engkau jua kami Mohon Pertolongan. Siapa kita tanpa Allah yang bersifat Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang. Tuhan Dunia dan Akhirat tempat kita meminta juga tempat kita mengadu setiap masalah, Setiap sakit perit kita, Setiap Gembira dan Bahagia kita. Kesian Allah pada kita lebih besar kesian kita kepada manusia yang lain. Kita ini hanya HAMBA yang LEMAH lagi HINA.

ٱهۡدِÙ†َا ٱلصِّرَٰØ·َ ٱلۡÙ…ُسۡتَÙ‚ِيمَ - Tunjukilah Kami Jalan yang Lurus. Kita mohon Allah sentiasa guide kita di jalan yang lurus. Maksud jalan yang lurus ini jalan yang di Redhai olehnya

صِرَٰØ·َ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ۡعَÙ…ۡتَ عَÙ„َÙŠۡÙ‡ِÙ…ۡ غَÙŠۡرِ ٱلۡÙ…َغۡضُوبِ عَÙ„َÙŠۡÙ‡ِÙ…ۡ ÙˆَÙ„َا ٱلضَّآÙ„ِّينَ - Iaitu jalan orang yang Engkau telah beri Nikmat kepada mereka dan bukan Jalan mereka yang Di murkai dan bukan pula Jalan yang Sesat. Allah Allah semoga kita sentisa dalam perliharaan Allah. Kita pilih nak nikmat @ nak sesat kita ambil iktibar dan pengajaran dari kisah umat-umat yang terdahulu. Fungsi kita sebagai Manusia adalah untuk Beribadah tapi bila kita tak berfungsi untuk melakukan Ibadah Manusia itu akan Rosak nauzubillah hi min zalik

Al Fatihah Pembuka Hari semoga kita dapat menghayati erti Al Fatihah untuk kehidupan seharian kita. Kita hidup ini untuk apa, Cukupkah Bekal kita di sana nanti.
 

No comments:

Powered by Blogger.