Badal Haji
Badal
ertinya ‘ganti ‘. Oleh itu Badal Haji adalah ‘menggantikan orang lain
dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti
penyakit ,usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun
Islam. Allah berfirman dalam Surah Al-Imran, ayat 97 bermaksud:Disana
terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim,dan sesiapa
yang memasuki nya amanlah dia.Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas
manusia ,iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan ; dan
sesiapa yang kafir (engkar) sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dari
sekalian alam (makhluknya) .
Dalil Badal Haji (Upah Haji)
|
Upah Haji
|
(Bagi Yang Uzur atau Telah Meninggal Dunia)
Barangsiapa
yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut
usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain
untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas
ra. Bahawa seorang wanita dari Bani Khats’am berkata, “Wahai Rasulullah
saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku
seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah
boleh aku menghajikannya?” Rasulullah saw. menjawab, “Boleh.” Ini pendapat Imam Syafi’i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, “Tidak wajib.”
Apabila
seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh, maka kewajiban hajinya
tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad
kewajibannya telah gugur. Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar
sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu
dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji
nazarnya. Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji
Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut
dengan biaya dari harta si mayit. Ini pendapat ulama Syafi’i dan
Hambali.
Ulama
Hanafi dan Maliki berpendapat, “Ahli waris tidak wajib menghajikan si
mayit kecuali jika si mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan
biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan.”
Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik
mampu atau tidak. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a.,
Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, “Aku penuhi
panggilan-Mu untuk Syabramah.” Rasulullah saw. bertanya, “Apakah engkau
telah melaksanakan haji untuk dirimu?” Ia menjawab, “Belum.” Beliau
bersabda, “Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk
Syabramah.”
Oleh
itu My Qurban Sdn Bhd menawarkan Pakej Upah Haji & Umrah yang mampu
milik untuk semua. Bagi mendapatkan khidmat tersebut tuan/puan boleh
daftar di bawah.
Daftar Badal Haji
Tarikh Tutup: 17 Julai 2020
No comments: