Warkah Buat Abah

June 11, 2020

Warkah kami Buat Abah, Jujur masa mula-mula baca hati dah tersentuh dengan tiap bait-baik kata yang di susun. Mungkin hati ini masih rindu dengan Arwah ayah di tambah pula Raya PKP tak dapat balik kampung.

Terima kasih buat Penulis asal yang miza jumpa di FB kreadit buat penulis : Fb Zamri Shahri

pic from : www.thethirdforce.net

Nurses : Warkah Kami buat Abah.

Maaf,
Jika memanggil mu Abah tanda biadap,
Tiada penghormatan pangkat dan hilang adab,
Sedangkan bagi kami Pangkat Abah itu lebih besar dari PM dan Tan Sri,
Kerana nilai Abah itu lebih dekat dan bermakna bagi hati kami.


Abah,
Benar lah apa yang cerdik pandai kata,
Hukum Tuhan tidak berdiri atas akal manusia,
Tatkala perjalanan politik negara tidak tentu hala,
Kau hadir sebagai nakhoda tanpa diduga.


Abah,
Ini bukan satu kebetulan,
Bahkan ini adalah keputusan dari Tuhan,
Buat menjawab doa insan yang hilang kemampuan,
Bagi menjadi kekuatan buat menghadapi ujian di masa hadapan.


Abah,
Aku yakin kau lah jawaban doa dari Jemaah Tabligh yang teraniaya,
Jawaban tangisan umat yang derita agama dicerca,
Pengikat bagi bangsa Melayu yang berpecah,
Atas nama Islam kau hadir sebagai Rahmah.


Abah,
Mungkin terlalu awal kami melambungkan ucapan syukur terhadap kehadiran mu,
Sedangkan jalan mu dan teman seperjuangan dijanjikan orang dengan penuh liku,
Namun ketenangan mu membuat kami bersatu,
Bagi mengekalkan perpaduan Bangsa Malaysia utuh dan jitu.


Abah,
Tidak pernah kami menitiskan air mata apabila pemimpin berucap,
Kecuali satu ketika engkau berpesan kepada kami dengan wajah yang penuh mengharap,
Agar kami bersabar dan terus berdoa dengan tetap,
Dan bersama berusaha agar tetap ada hidangan di meja makan,
Buat anak dan isteri meneruskan kehidupan,
Sehingga tiba kita semua menggenggam kejayaan.


Abah,
Jangan patah hati dek fitnah,
Jangan menyesal hal yang telah punah,
Jika engkau gagah menyatukan ummah,
Kami rakyat sedia menjadi benteng walau darah kami tertumpah,
Demi agama, bangsa dan negara ini yang bertuah.


Abah,
Belum pernah pemimpin utama negara ini membaca surah,
Dalam ucapan senada penuh hikmah,
Tangan kau tadahkan membawa seluruh rakyat berdoa dengan pasrah,
Menggantungkan nasib sepenuh nya kepada Tuhan,
Allah Rabbul 'Alamin yang Maha Pemurah.


Tolong saya Viralkan ini sehingga Abah membaca nya. Agar beliau kuat dan tahu kami bersyukur atas kehadirannya sebagai Imam Umat di Malaysia tatkala Ujian besar Tuhan menimpa dunia.





#AbahTSMY
#kitajagakita

No comments:

Powered by Blogger.