Butter Chiken Milk Cheese #kedaimama

November 20, 2019

Butter Chiken Milk Cheese #Kedaimama

Bukan main panjang nama menu kali ini. Gara-gara terliur tengok ramai kawan-kawan blogger dah cuba menu baru di The Chiken Rise Shop dan di Kenny Roger Roster. Hadoiiii leleh air liuq tap tap nak pergi EE asyik balik lewat jew tak sempat nanti budak dua tu dah berkicau laparrrr. Makan makan miza dan anak-anak timiming macam orang bukak puasa. Butter Chiken Milk Cheese #kedaimama

Resepi Udang Butter Milk 
Resepi Udang Lipan Berlada 
Butter Chiken Milk Cheese #kedaimama - Peminat setia kedai mama hehe

Elok makan awal boleh tidur awal senang nak bagun pergi sekolah.

Gigih semalam balik kerja singgah kedai cari bahan-bahan untuk menu Butter Chiken Milk Cheese #kedaimama. Ada satu lagi perangai miza masa beli barang mesti terambil barang lain yang tak ada dalam senarai hakikatnya memang sengaja ambil barang lain bagi penuh troli haha.

Aroma daun kari yang menusuk rongga hidung terus buat budak dua ketui ne bertambah nasi.  Kuah yang pekat dan likat cukup rasa masin, manis, pedas tak pandang tempat lain. Ok miza share dengan korang Resepi Butter Chiken Milk Cheese #kedaimama



Butter Chiken Milk Cheese #kedaimama
  

Bahan-bahan Chiken Butter Milk Cheese #kedaimama

Isi Ayam potong kecil Bawang Merah atau Bawang Holand (ikut koranglah ye)
 Bawang Putih Daun Kari ( ini watak peting aromanya boleh buat korang bertambah-tambah nasi nanti 😅)
Cili Padi  
Butter
Susu Cair
Garam
Gula
Cheese 

Cara Masak Chiken Butter Milk Cheese 


Goreng Isi Ayam yang telah di potong kecil di salut dengan tepung gandung sedikit dan garam,  Tak perlu garing sangat asal masak sudah.

Kemudian panaskan kuali cairkan butter dan tumis bawang, daun kari serta cili padi. Agak-agak dah perang keemasaan masukan susu cair dan isi ayam yang telah di goreng tadi.

Last sebelum tutup api perasa dengan garam dan sedikit gula serta masukan masukan cheese seperti gambar di atas.


1 comment:

Powered by Blogger.