Ramai orang tak sedar

December 07, 2018

Ramai orang tak sedar


Ramai orang tak sedar dan tak suka B Complex sebab kononnya boleh naikkan berat badan ditambah jika ia berbau kuat.

Tapi ramai yang tak sedar sebenarnya B complex perlu :

1- Disimpan ditempat yang sejuk di bawah suhu 30 darjah selsius. Ini untuk mengelakkan ia berbau.Tapi adakah benar B complex boleh naikkan berat badan? Hakikatnya salah satu fungsi kecil B complex adalah membuka selera makan tapi balik pada diri kita bagaimana mengawal selera makan tadi.

Atasi kerap Letih 


Pada saya B Complex banyak bantu saya kekalkan berat badan saya hari ini😊 kerana ia membantu membakar lemak menjadi tenaga 😘
Walaupun ramai yang takut amik B complex sebab takut gemuk.
Namun pengambilan B complex tak boleh diabaikan ditambah dengan zaman yang banyak cabaran hari ini.

Cabaran terutama tekanan harian.... Tekanan boleh datang dari tugasan kerja yang banyak, masalah duit terutama hujung tahun yang mana perbelanjaan keperluan anak sekolah, mana yang tidur tak menentu kerana buat kerja part time selepas kerja dan banyakkk lagi.
Bila emosi kita dalam tekanan sebenarnya badan juga merasakannya sebab tu ramai orang ada masalah ( stress) mereka akan jadi kuat makan dan ia tak terkawal. 

Selain itu tekanan ( stress) secara perlahan-lahan melumpuhkan sistem antibodi badan tanpa kita sedar. Mulalah dengan simptom sakit kepala, sakit tengkuk dan badan mula lenguh-lenguh. Jika dibiarkan berlarutan maka akan datanglah penyakit kronik selepas itu.

Maka oleh itu sebenarnya pengambilan vitamin B Complex tak sesuai dipandang remeh. Selain membantu membina sel darah merah, ia membantu badan lebih bertenaga dan emosi yang lebih stabil.

Atasi Strees 


Ramai orang tak sedar

1.  B complex perlu di simpan ditempat yang sejuk.
2. Jika mudah lapar lepas ambil B complex pastikan minum air masak dan bukan dengan terus mencari makanan supaya dapat mengawal selera makan dari membuak-buak.
Credit : Master Norita 

4 comments:

  1. Alahai.. K.fiezz failed betul makan pil besor camni.. Klu kunyah, boleh ke?

    ReplyDelete
  2. Bau dia tu huhuhu. Tapi khasiat dia memang ngetop.

    ReplyDelete
  3. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete

Powered by Blogger.