Program Bright Little Explorers di KidZania Kuala Lumpur
Program Bright Little Explorers di KidZania Kuala Lumpur
Scott's antara jenama makanan kesihatan tambahan
untuk kanak - kanak yang menjadi pilihan ramai ibu bapa di Malaysia. Scott's
didaftarkan dibawah GlaxoSmithKlien ( GSK ) merupakan syarikat farmaseutik dan
penjagaan kesihatan berasaskan penyelidikan bertaraf dunia.Program Bright
Little Explorers
Cik Qilah Dan Afiq di Program Bright Little Explorers di KidZania Kuala Lumpur |
Sebagai sebahagian daripada Program Bright Little
Explorers yang sedang berlangsung, Scott sedang memperjuangkan rasa ingin tahu
kanak-kanak dengan memberikan peluang kepada anak-anak kecik ini untuk merasai
sendiri pengalaman bekerja sehari seperti orang dewasa di KidZania Kuala
Lumpur.
Jangan tanya mana anak-anak miza dorang takut dengan maskot ;) |
Sebagai ibu bapa kita tidak boleh lari dari menjawab pelbagai soalan yang di ajukan oleh anak-anak. Kerana itu adalah sebahagian dari proses pembelajaran untuk anak-anak membesar . Anak-anak kecik ini mempunyai rasa ingin tahu yang sangat mendalam tentang dunia di sekeliling mereka. Scott's Malaysia, sebahagian daripada GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare Sdn Bhd, mahu memperjuangkan rasa ingin tahu kanak-kanak dan membantu mereka dengan memberi mereka peluang untuk berseronok sambil belajar serta mengumpul pengalaman yang menarik di KidZania Kuala Lumpur.
Anak-anak sedang sibuk menyiapkan design kereta di Pejabat Volvo |
“Program Scott's Bright Little Explorer” bertujuan untuk mencetuskan children's inquisitive nature melalui aktiviti di atas tanah yang bukan sahaja menggalakkan mereka untuk ingin tahu tetapi merangsang perkembangan mereka. Kami gembira untuk bekerjasama dengan Kidzania Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada program ini dan berharap dapat memberikan peluang pengalaman kepada kanak-kanak menjadi dewas untuk sehari. Kami yakin bahawa melalui pengalaman ini, kanak-kanak ini dapat mengalami pekerjaan sebenar dan belajar berdikari dan bekerja dalam satu pasukan" katanya.
"Ketika kanak-kanak semakin membesar, mereka terus tertanya-tanya sebagai cara untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka yang tidak berkesudahan. Rasa ingin tahu ini membantu kanak-kanak ini mempelajari maklumat baru dan menggerakkan imaginasi mereka. Di Scott's, kami faham kepentingan memberikan kanak-kanak ini keseronokan baru dan pengalaman pendidikan sebagai platform pembelajaran untuk meningkatkan tumbesarana mereka," kata Venaig Jegou, Area Marketing Director, Oral Healthcare and Nutrition, South East Asia. Pemakanan, Asia Tenggara.
Pengalaman Bekerja seperti Orang Dewasa Di KidZania Kuala Lumpur.
Antara sektor pekerjaan yang sempat Cik Qilah dan Afiq terokai di Kidzania Kuala Lumpur semasa Program Bright Little Explorers.
Merasai pengalam bekerja di sektor Pembinaan |
Beralih ke bidang Kedoktoran pulak, Tengah tekun dengar taklimat sebelum 'posting Doktor Gigi' |
Cheff cilik dengan menu Pizza Sedap |
Tawaran tiket percuma masuk KidZania Kuala Lumpur
Berita baik untuk semua bermula dari November 2017 sehingga Februari 2018, Scott's menawarkan peluang untuk menebus Satu Tiket Dewasa & Satu Tiket Kanak-Kanak ke KidZania Kuala Lumpur. Bagaimana? Ibu bapa hanya perlu mengumpulkan enam stamp (RM35.00 = 1 stamp) untuk tebus tiket percuma tersebut.
Untuk maklumat lanjut, layari Scott's Malaysia Facebook Page
Jenama Scott's ni dah lama dah kan...Dr dulu memang makan scott's
ReplyDeleteWahhh seronoklah dapat ke KidZania :)
ReplyDeletemesti seronok kan program macam ni
ReplyDeletewah boleh tebus stamp ! bestnya..kitorg mmg suka scotts
ReplyDeletebestnya
ReplyDelete