Damailah
Damailah
Damailah dikau disana bertemu Sang Pencipta Semesta Alam. Hari ini genaplah seminggu anak-anak syurga penghafaz Al Quran kalam Allah di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Jalan Keramat Hujung yang telah pergi meninggalkan kita dengan tragis.Tenanglah wahai anak-anak syurga disana yang kekal abadi.Pengajaran buat kita yang masih diberi peluang untuk beribadat dan beramal soleh marilah kita sama-sama bersaing untuk meningkatkan amal dan ibadah sebagai bekalan akhirat kerna mati itu pasti.
Damailah : Sumber Google |
Sempena di hari terakhir 1438H miza seru marilah sama-sama kita menilai dan memuhasabah segala perbuatan yang telah dilakukan sepanjang tahun ini, di samping kita bertaubat dan berazam untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang pernah dilakukan.
Doa Awal Tahun
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Marilah kita buka buku baru beserta azam baru. Buat semua orang Islam 1 Muharam adalah tahun baru untuk kita bukan 1 Januari ye. ;)
Sedih bila baca kisah adik adik ni. Alfatihah.
ReplyDeleteAlfatihah.
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah miza.
ReplyDeleteDan Al-Fatihah buat anak2 syurga darul quran ittifaqiah