mushroom soup home made sedap
Untuk merawat luka lara tu gigih miza tepon kak ipar mintak resepi soup cendawan ne. Ok jom miza share dengan korang resepi Mushroom Soup Home Made. Tak kesah lah kalau korang dah pandai buat miza nak abadikan dalam blog supaya senang nak rujuk resepi bila nak buat lagi. Almaklumlah urat dah banyak putus hehe
Mushroom Soup Home Made
Baca Juga : Resepi Air BarliInilah kejadian Mushroom Soup Home Made |
Bahan-bahan Mushroom Soup Home Made
1 Tin Susu CAir
1 Tin Cendawan Butang ( Potong Dadu )
2 Kiub Ayam
1 Biji Bawang Holand ( Potong Dadu)
1/2 cawan tepung jagung
1/2 Sudu Mentega
Isi Ayam ( dicarik-carikan )
Air
Cara Masak Mushroom Soup Home Made
Panaskan kuali dan cairkan mentegaTumis bawang Holand dan Cendawan yang telah di potong dadu sehingga naik bau
masukan 1 tin susu dan 1 liter air kosong bersama isi ayam yang telah dicarik-carikan
lepastu bancuh tepung jagung dengan 500ml air dan dimasukan sekali kiub ayam.
Dah mendidih siap untuk dimakan. Nyum..nyumm
Mushroom Soup Home Made ne lagi sedap bila dicicah dengan Garlic Bread. Nikmatnya sampai boleh terpejam mata sambil makan. Nanti yer miza share pulak resepi garlic bread yang simple tu. Jimat duit lepas ne semua home made jew puas nak makan banyak-banyak.
Selamat mencuba
Baca Juga : Atasi Perut Kembung
Puas hati dpt makan homemade ni miza. Boleh makan byk mana nak kan. Hehe
ReplyDeleteMudahnya..
ReplyDeleteBahan2 pun dah ada kat dapur tu.. *cing*
wahh,, rajinnya kak miza masak. sup cendawan lak tu. Kalu GV beli sup cendawan segera je. huhu. cmner pun,tq so much for resepi. leh try nanti kalu nak masak. hihi.
ReplyDeleteUhuiiii dapnya...fav akk ni
ReplyDeleteMy favourite too mushroom soup..sonang je resipi dia..Boleh la kalau rajin nnti try...
ReplyDeleteSA ari tu pun memang craving mushroom soup...ntah kenapa ntah..tapi suka makan yang kat Las Vacas..mushroom dia sedap giler..cuma mahal la..okey nak cuba buat sendiri la
ReplyDelete