apam gula hangus
Apam Gula Hangus | Bila puasa tekak ne mula lah teringin nak makan itu nak makan ini, siapa sini geng miza asal puasa jew macam orang mengandung teringin nak makan macam-macam sudahnya bila sampai waktu berbuka sikit jew di jamahnya. Nafsu sematakan. ish..ish teruk betul perangai kau ne miza.
Apam Gula Hangus
Nasib baik barang-barang semua ada di rumah maka boleh kita layan tekak yang teringin ne. Tak susah pun sebenarnya nak buat Apam Gula Hangus ne cuma perlukan sedikit rajin dan sabar. Jom kita tengok bahan-bahan untuk Apam Gula Hangus
Apam Gula Hangus |
Bahan-bahan Apam Gula Hangus
* 1 cawan gula
* 1 cawan air panas
2 biji Telur
2 sudu susu pekat
2 sudu majerin
1 sudu soda bikarbonat
1/2 cawan minyak masak
1 1/2 cawan tepung gandum
Cara Masak Apam Gula Hangus
1- Gula yang bertanda * di masak sehingga hangus dan dicampur dengan air panas perlahan-lahan ( hati-hati merecik air panas ) dan di sejukan sementara
2- Blender telur, susu, majerin, soda bikarbonat, dan minyak masak sehingga sebati.
3- Masukan gula hangus yang telah disejukan ke dalam blender
4- Akhir sekali masukan tepung perlahan-lahan dan blender semua sekali sehingga sebati
5- Kukus dalam bekas plastik yang comei-comei sekitar 15 minit
6- siap untuk di makan
Alhamdulillah dapat miza berbuka dengan Apam Gula Hangus ne semalam dapat lah dalam 30 biji untuk bancuhan ne. Kalau korang nak lebih sila gandakan sukatan yang diberi.
petang ne nak berbuka dengan kuih apa pulak ye....
Selamat mencuba...
Jemput baca : Kek Pelangi
Bestnya pandai buat kuih
ReplyDeletesedapnyaaaaa
ReplyDeleteSedapnyaaa!
ReplyDeleteboleh cuba buat ni nanti balik kelate la buat...
ReplyDeletesenang je ye
ReplyDeletesimple & mudah je barang yang diperlukan..kena try nie..
ReplyDeleteWah teror nya buat..cantik lak tu...kalau yg hijau panggil apa ye....
ReplyDelete