Amalan 10 hari pertama Bulan Zulhijjah

August 22, 2017

 Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang terakhir dalam  kiraan kalender islam dimana pada bulan Dzulhijjah  Rasulullah saw pernah bersabda " Tidak ada hari-hari yang paling agung dan amat dicintai Allah swt untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada 10 pertama bulan Dzulhijjah" maka perbanyaklah pada hari-hari ini tahlil, takbir, dan tahmid ( HR. Ahmad dan Thabrani )

Amalan 10 hari pertama Bulan Zulhijjah  

Amalan 10 hari pertama Bulan Zulhijjah
Amalan 10 hari pertama Bulan Zulhijjah  | GAMBAR SUMBER GOOGLE

 Bermulanya 1 Dzulhijjah 1438H pada hari Rabu 23 August 2017
Maka 10 Dzulhijjah 1438H adalah hari Jumaat 1 September 2017 iaitu Hari Raya Aidil Adha

Jika belum rezeki kita lagi untuk dijemput mengerjakan Ibadah Haji makan Ini adalah amalan-amalan yang boleh diamalkan oleh kaum muslimin yang tidak menunaikan ibadat haji.


1 9 Dzulhijjah • Puasa sunat awal Dzulhijjah. • Perbanyak takbir mutlak yakni tidak dibatasi waktu dan tempat. Boleh ketika di pasar, di jalan, di kenderaan, di rumah, digalakkan untuk terus bertakbir seperti takbir hari raya.
• Perbanyakan amalan soleh seperti sedekah.
• Larangan potong rambut dan kuku dari awal Dzulhijjah sampai haiwan qurban disembelih bagi yang menyertai ibadah qurban.


9 Dzulhijjah
• Puasa Arafah
• Perbanyak doa di hari Arafah kerana sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.

✔ 9 Dzulhijjah selepas Subuh hingga waktu Asar pada hari Tasyriq yang terakhir
(13 Dzulhijjah)
• Perbanyak TAKBIR muqayyad, yaitu setelah solat lima waktu atau solat sunnah. Baiknya tetap dahulukan dzikir setelah solat kemudian perbanyak takbir.
💌 Wanita diperintahkan mempelahankan suara, sedangkan kaum lelaki menguatkan suara takbir.

10 Dzulhijjah
• Solat Aidil Adha
• Penyembelihan qurban
• Tidak boleh puasa


Hari-Hari Tasyriq (11, 12, 13 Dzulhijjah)
• Penyembelihan qurban
• Tidak boleh puasa
• Perbanyakkan doa antara lain doa:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَ فِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَ قِنَا عَذَابَ النَّار
 Rabbana aatinaa fid dunyaa hasanah wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar.

Hanya Allah yang beri taufik dan kemudahan untuk mengamalkan amalan soleh di atas..



Sumber Group Whatsapp


2 comments:

  1. Kadang2 terlupa dengan amalan2 ni.. terima kasih kerana mengingatkan ;)

    ReplyDelete
  2. terima kasih mengingatkan amalan ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.